Pages

Friday, 27 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

"Hutang."

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, hutang adalah wang dll yang dipinjam daripada orang lain.

Sya percaya, dalam dunia ni tak ada seorang pun yang tak ada hutang. Even kanak-kanak yang sudah bersekolah seperti Tadika pun ada hutang. Pinjam pensil kawan pun kira hutang tau selagi mana tidak dikembalikan semula kepada kawan. Apatah lagi kita orang dewasa ni kan.. 

Cumanya mereka belum akil baligh je. So, terlepas mereka dari dosa jika terlupa untuk memulangkan semula pensil tersebut. Namun, kita yang dah besar panjang ni tetap perlu sentiasa ingatkan dan didik mereka dari kecil berkenaan "hutang" ini.

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

Teringat Sya sebulan lebih yang lepas. Sya ke Melbourne, Australia untuk pernikahan adik perempuan bongsu Sya di sana.


ALTONA NORTH
MELBOURNE, AUSTRALIA
MARCH 22, 2018
11:37 AM

Masa ni Sya betul-betul  kering. Ye lah sebelum tu duit Sya dah keluar untuk ke Universal Studios Singapore (USS) kan. Lagi pun target Sya untuk ke luar negara AT LEAST setahun sekali je buat masa ni. Ini kalau pergi Melbourne dah jadi 2 kali setahun. Sama macam tahun lepas pula. Tahun lepas Sya ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia sambut Wedding Anniversary Sya dan ke Maldives join annual trip The Walking Beauty (TWB).

Asalnya Sya 50 50 nak pergi Melbourne ni. Tapi, bila fikir pasal adik, satu-satunya adik perempuan Sya.. Bernikah pula tu. Precious moment tu. Sekali seumur hidup. Terus Sya nekad untuk "pinjam" duit daripada kak ngah Sya. Asalnya tak nak berhutang dengan sesiapa pun. But, I have to. Masa ni suami Sya pun tak dapat nak pinjamkan duit dia dulu. Ye lah, belum gajikan. Sya fly ke Melbourne 20hb macam tu. Book flight ticket pun last minute. Few days before Sya fly baru book. Fuh.. Memang melambonglah kan harga tiket masa tu. Balik sahaja RM1000+ Mujur adik Sya boleh sponsor yang balance. Sebab Sya cakap yang Sya boleh keluarkan dalam RM1000 je duit flight untuk pergi balik Melbourne. 

And as usual lah. Kak ngah Sya ni bukan jenis yang simply beri pinjam duit macam tu je dekat sesiapa pun TANPA perjanjian untuk bayar semula dalam tempoh tertentu. Sebenarnya boleh je kak ngah Sya ni nak sponsor. Tapi, dia tak nak didik adik-adik dia atau sesiapa saja mudah dan senang untuk dapatkan sesuatu. Sebab nanti dah manja, dah terbiasa, tak pandai dan tak reti berdikari sendiri. Lagi pun nanti selesa sangat. Tak ada sebab atau "push factor" dalam hidup nanti untuk capai sesuatu.

So, Sya janji dengan dia Sya akan bayar end of April. Kira dalam sebulan macam tu lah. Bagi orang yang bekerja makan gaji, mungkin mudah sedikit untuk membuat bayaran RM1,000 ni kan guna duit gaji bulanan. Tapi, tidak bagi Sya yang full-time housewife ni.

But, yeah~ I'm doing a WORLDWIDE BUSINESS kot! Shaklee. Yet, I'm TWB's Member. Sya percaya yakin sekejapan boleh dapat RM1,000 ni. And guess what?! Yes! Yes Sya memang berjaya pun kumpul hampir RM1,000 tak sampai sebulan! 😱 Setakat hari ni jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM800++ Belum akhir bulan lagi ye.. 😎



Ini adalah hasil Sya facial kan customer dan jual produk-produk Shaklee baru-baru ni. Dalam masa sehari je ye ☺️ Yang balance lagi RM600 tu ada dalam bank. Instant cash yang ni adalah income ke 4 TWB yg Sya dapat. Dengan TWB ada sehingga 5 income boleh dapat tau. Sebab tu Sya insyaallah TAK PERNAH RISAU atau RASA BEBAN pun bila kena bayar semula hutang.

So, nampak ke nampak how TWB helps me a lot dalam melangsaikan hutang? 😊

Lepas ni insyaallah Sya nak fokus habiskan bayar loan TAPEM Sya masa study dulu. Nasib baik ini je hutang Sya yang paling besar dan banyak. Huhu.. Tak apa. Insyaallah Sya yakin Sya BOLEH langsaikan hutang TAPEM Sya dengan duit hasil business SPA TWB sahaja! 💪🏻💪🏻

Sya berani dan yakin cakap macam ni sebab dah ada PROVEN RESULT daripada ahli TWB sendiri yang dapat langsaikan hutang PTPTN dia hanya dengan Business SPA TWB sahaja! Yet, dapat beli rumah dan kereta pada usia yang muda!


Kalau dia boleh, kenapa tidak Sya?? Kalau Allah S.W.T. boleh beri dekat dia, kenapa tidak Sya?? Kenapa tidak kita kan??

Tepuk dada, tanya diri. Tepuk dada tanya poket juga. Banyak sangat dah ke duit sampai malas sangat nak buat part-time job / business to earn more income?

Ikhtiar ikhtiar juga. Usaha usaha juga. Tapi, jangan lupa doa sungguh-sungguh minta dekat Allah S.W.T. yang paaaaaling penting dan utama supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang suka membuat hutang dan liat untuk membayar hutang semula. 

Boleh juga amalkan doa di bawah ini :- 👇🏻

"Allahumma, aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

Baca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. Doa ni ada di dalam Al-Ma'thurat 🙂

Korang pun kalau ada hutang janganlah stress sangat atau rasa sedih. Sebab zaman sekarang ni haish macam-macam sangatlah benda yang korang boleh buat untuk dapatkan duit. As long as bukan kerja-kerja yang melanggar syariat dan hukum Allah S.W.T.

Kalau tanya Sya, Sya memang akan recommend dan suggest kan untuk korang try dulu libatkan diri dengan business SPA TWB ni. 

Sebab apa? 
Sebab kami dah ada PROVEN RESULT daripada PROVEN MENTOR. Tengok Sya je lah macam mana dapat bayar balik duit tiket pergi balik Melbourne dekat kak ngah Sya. 

Nak lagi besar dan gempak punya sebab? Boleh.. Tak ada hal lah sis 😉 Nahhhhh.. 👇🏻



Gempak tak sis.. 😝 Di usia yang muda baru 29 tahun rumah dah ada, kereta idaman dah ada, dapat bayar lumpsum lagi tu hutang PTPTN! Fuh! Sebab tu Sya rasa celah gigi je lah setakat 21k hutang TAPEM Sya tu. Hihi. Insyaallah2, Sya PASTI BOLEH dapat macam ni juga suatu hari nanti! Jyeahhhhh 💪🏻💪🏻 Setakat ni my target in 2 years (sebelum 30 tahun) savings Sya mesti dah ada 10k, dah ada Credit Card dan kereta sendiri. NOTHING IMPOSSIBLE right? Tolong sama-sama doakan Sya ye semua.. ☺️

By the way, mungkin ada pembaca baru blog Sya atau mungkin ada juga pembaca setia blog Sya ceh perasan 😜 yang terlepas pandang entry blog Sya berkenaan SPA TWB yang tengah viral sekarang ni.

Secara ringkasnya TWB ni adalah sebuah perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home and Mobile SPA) di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) yang mana Founder nya adalah Pn. Ainul Shahrazad atau Master Ainul Shahrazad (MAS), salah seorang Master Coordinator Shaklee.

Haaaaa apa ni apa niiiii.. TWB lah Shaklee lah 🤷🏻‍♀️💆🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Hahahahahah.. Ok senang cerita macam ni. TWB ni adalah Projek SPA Shaklee di bawah MAS. Maksudnya SPA kami SPA Natural. Shaklee kan semua produknya natural? Jadi, kami hanya menggunakan produk-produk Shaklee sahaja di dalam perkhidmatan SPA kami.


Jika korang Shaklee Independent Distributor (SID) di bawah susur galur MAS atau orang luar yang masih belum menjadi Ahli Shaklee LAYAK untuk join keluarga besar TWB kami ini yang very supportive and happening!

Namun, buat masa ini kami hanya menyediakan perkhidmatan Training SPA iaitu Kelas atau Kursus SPA Wanita sahaja. Kami juga menyediakan perkhidmatan SPA Bergerak (Mobile SPA) khas untuk wanita sahaja juga. Di dalam training nanti, kami akan tunjuk ajar juga jenis-jenis rawatan SPA termasuk garis panduan kitab harga untuk setiap jenis rawatan SPA dan kami akan ajar juga untuk membuat Pakej-Pakej Rawatan SPA seperti SPA Pengantin, Bertunang, Ibu Mengandung (3 bulan ke atas), Hari Ibu, Hari Wanita dll. Tapi, kalau ikut pengalaman Sya sepanjang join TWB ni kan.. SPA Pengantin lah yang paling best! Sebab dalam masa 2 jam beri service pun dah boleh dapat sampai RM200 Siapa nak bagikan?

SPA Pengantin

SPA Pengantin

Sebenarnya banyak je lagi testimoni dan feedback daripada Ahli-Ahli TWB yang dapat selesaikan hutang mereka satu persatu selepas join Projek TWB ni. Insyaallah, ada masa nanti Sya share feedback Ahli TWB yang lain pula okay? 

Psssssttttt.. Kalau berminat atau berhasrat nak mempunyai dan membuka sebuah SPA atas nama sendiri, boleh klik sini ye Kelas atau Kursus SPA Termurah di Malaysia Abad Ini !!






** Harga Pakej Training SPA di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) adalah standard dan sama iaitu RM1,999.00 Jadi anda tidak perlu survey harga dengan mana-mana Beautician TWB kami lagi kerana semuanya sama sahaja 🙂 **






Siti Aisyah binti Ab Razak
Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment