Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu, Melaka
So, yang tinggal di rumah hanyalah Sya, suami Sya dan kakak ipar Sya serta anak perempuannya.
Jujurnya, family Sya bukan jenis yang suka dan selalu makan di luar. Selain sebab lebih jimat makan di rumah, kebersihan, keselamatan dan keenakkan pun lebih terjamin. Kami juga lebih prefer tongtong duit adik-beradik untuk beli bahan-bahan mentah untuk dimasak oleh ibu kami sambil dibantu oleh kami. Sebab lebih meriah dan tentunya lah masakan dari air tangan ibu sendiri masakan terbaik serta terenak di dunia! Hehe.
Tapi, kebetulan ibu ayah Sya tak ada dan di rumah pula tak ramai orang, so Sya decide untuk beli sarapan di luar dan bawa balik ke rumah sahaja.
Asalnya nak beli dan cuba Roti Canai Kayu Arang, tapi masa Sya dan suami Sya pergi ke kedai ni, kedai ni tutup. Sebab mereka pergi ke KL ada wedding.
Hampa jugalah masa ni. Sebab dah lama juga Sya teringin nak makan Roti Canai Kayu Arang ni. Ye lah, kalau google tempat makan best dan sedap di Melaka pun, mesti Roti Canai Kayu Arang ni listed.
Masa kami suami isteri nak gerak dari situ pun masih ada 2 - 3 buah kereta yang baru sampai nak makan di sini. Roti Canai Kayu Arang ni memang menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk makan. Pada hal masa tu baru pukul 7 lebih kot.
Tak apa lah. Tak ada rezeki hari Sabtu hari tu nak cuba merasa Roti Canai Kayu Arang ni.
Tanpa berlengah, cepat-cepat Sya fikir mana lagi tempat makan di Melaka yang best. Tinggggg!! Restoran Nasi Beriani Haji Tamby! Yeay! Terus terbayang Murtabak dia yang tak kedekut isi daging tu!
Untuk makluman semua pembaca atau pencinta makanan, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini terletak di Padang Temu. Alamat penuh dan waktu operasi seperti tertera di bawah :-
Alamat :
73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi :
Setiap hari bermula jam 9:00 Pagi hingga 4:00 Petang
Kalau keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, akan ambil masa 25 minit (16 km) untuk ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni. Kalau dari Melaka Sentral baru 15 minit (8.5 km).
Ini kira kali kedua kami datang ke sini. Kali pertama tak ingat pula bila. Huhu.. Tapi, lama jugalah tak datang. Bayangkan lah. Ini pun baru kali kedua datang sepanjang 27 tahun Sya hidup. Hahahah..
Ni antara gambar sejarah penubuhan Restoran Nasi Beriani Haji Tamby awal-awal dulu
Antara menu atau hidangan istimewa di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby
Kami order Murtabak Special Haji Tamby (RM15), Murtabak Cheese (RM10) dan Murtabak Daging (RM8). Senang cerita semua jenis Murtabak yang ada di sini kami order. Hehe. Rugi kalau datang sini tapi tak cuba semuanya.
Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging
Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging
So, kalau korang datang bercuti atau singgah di Melaka, jangan lupa okay untuk datang serta cuba sendiri semua menu di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni especially Murtabak dia.
Memang tak kedekut isi dan taburan daging di atas Murtabak tu lah. Makan 2 - 4 keping pun dah kenyang. Cicah pula dengan Kuah Dal yang pekat melekat dan air bawang. Perghhhhh.. Kedai pun senang nak cari. Kemas dan bersih. Pekerja yang baik dan service pun cepat :)
No comments:
Post a Comment