Pages

Tuesday, 10 October 2017

Breakfast @ Roti Canai Kayu Arang, Bachang, Melaka


Roti Canai Kayu Arang

Kalau korang datang Melaka, jangan lupa untuk singgah makan di Roti Canai Kayu Arang ni.

Nama gerai pun "Roti Canai" kan. So, of course lah Roti Canai nya yang menjadi tumpuan dan serbuan orang ramai. Hehe.

Tapi, selain Roti Canai ada juga menu lain yang dijual seperti di bawah :-

Menu di Roti Canai Kayu Arang 

Menu AGS Fried Chicken

Ok, sebenarnya apa yang buat Sya sendiri tertarik untuk cuba Roti Canai Kayu Arang ni adalah sebab cara masak Roti Canai nya sangat unik iaitu dengan menggunakan kayu arang batu. 

Selain tu, nama Roti Canai Nanchos dan Roti Tampal Dangdut tu sendiri yang buat Sya lebih tertarik.

Roti Canai Nanchos

Meleleh weh air liur tengok Roti Canai Nanchos niiiii.. Atas Roti Canai ni penuh dengan Cheese! Ada juga daging Ayam cincang, sos cili, colorful Capcicum (Lada Benggala) dan hirisan Kobis Ungu.

Roti Tampal Dangdut

Bagi penggemar telur pula, korang boleh cuba Roti Tampal Dangdut ni. Ada dua biji telur dipecahkan dan ditampal terus dengan Roti Canai. Telur kuning ia tak pecah pun. Tapi, masak. Memang kalau potong Roti Canai tu mengalir telur kuning tu membanjiri pinggan korang. Sya kurang suka sikit dengan telur kuning. Lagi-lagi yang cair. Sebab bau dan rasa macam makan anak Ayam. Hahahah..

By the way, siapa ada baca previous entry Sya, Sya ada tulis yang Roti Canai Kayu Arang ni tutup masa Sya dan suami Sya datang pada hari Sabtu lepas. Tutup sebab mereka pergi ke KL ada wedding di sana. Memang tak ada rezeki Sya masa tu nak merasa Roti-roti Canai di sini.

Tapi, disebabkan Sya dah lama sangat nak cuba Roti Canai Kayu Arang ni, maka esoknya Sya ajak lagi suami Sya untuk ke sini.

Dan alhamdulillah! Roti Canai Kayu Arang ni buka! 

Kami sampai di sini lebih kurang pukul 7 lebih (pagi). Masa ni pun boleh tahan dah ramai orang. Rezeki kami mudah dapat parking kereta. Dekat pula tu. Kami ikut jalan dalam yang lalu rumah-rumah kampung orang tu. Kalau tengok dekat tepi jalan besar, memang dah penuh dengan kereta parking. Berderet.



Kami order tujuh keping Roti Canai Telur untuk dibawa balik ke rumah. Kahkahkah. Beriya-iya datang sini nak cuba Roti Canai Nanchos dia, sekali order Roti Canai Telur je. Hakhakhak.

Sementara tunggu Roti Canai Telur kami siap, kami order dua Teh Tarik dan dua Sosej Cheese Gulung.

Sosej Cheese Gulung

Sosej Cheese Gulung ni not bad lah rasa ia. Siapa penggemar Cheese macam Sya, insyaallah memang akan suka. Sebab bila kunyah tu memang terasa Cheese ia dan yang best nya ada rasa spicy powder tu juga.

Sosej Cheese ni beli dan bayar kepada AGS Fried Chicken. Ada macam satu lagi stall kecil dalam Roti Canai Kayu Arang ni. Macam kami, order dulu then tunggu mereka hantar ke tempat duduk kami, baru kami bayar.

Insyaallah, next time memang akan repeat beli breakfast atau makan dekat sini. Selagi tak dapat rasa Roti Canai Nanchos dan Roti Tampal Dangdut dia, selagi tu lah akan pastikan setiap kali balik Melaka kena juga singgah Roti Canai Kayu Arang ni kalau berkesempatan dan diizinkan Allah..

So, untuk anda yang nak datang ke Roti Canai Kayu Arang ni, anda boleh Waze atau guna Google Maps dan search Roti Canai Kayu Arang.

Kalau exit Plaza Tol Ayer Keroh, hanya 22 minit (15 km) sahaja untuk ke Roti Canai Kayu Arang ni. Kalau dari Melaka Sentral pula hanya 11 minit (2.5 km).

Roti Canai Kayu Arang
Alamat :
Lot 459 KG Bakar Batu Mukim, 75350 Bachang, Melaka, Malaysia
Waktu Operasi :
7:00 Pagi - 12 Tengahari

Baru pukul berapa pagi dah ramai orang macam ni. Nasib baik masa ni kami dah nak balik. Hehe.

Spot my husband if You can :P

Sekian review daripada Sya untuk Roti Canai Kayu Arang! Kalau nak cari Murtabak paling best dan sedap di Melaka, boleh cuba di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu, Melaka. 

Monday, 9 October 2017

Murtabak Paling Sedap di Melaka @ Restoran Nasi Beriani Haji Tamby


Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu, Melaka

Baru-baru ni Sya dan suami Sya balik rumah ibu ayah Sya di Melaka. Kebetulan ibu ayah Sya tiada di rumah kerana menghadiri majlis pernikahan adik saudara Sya di Telok Panglima Garang.

So, yang tinggal di rumah hanyalah Sya, suami Sya dan kakak ipar Sya serta anak perempuannya.

Jujurnya, family Sya bukan jenis yang suka dan selalu makan di luar. Selain sebab lebih jimat makan di rumah, kebersihan, keselamatan dan keenakkan pun lebih terjamin. Kami juga lebih prefer tongtong duit adik-beradik untuk beli bahan-bahan mentah untuk dimasak oleh ibu kami sambil dibantu oleh kami. Sebab lebih meriah dan tentunya lah masakan dari air tangan ibu sendiri masakan terbaik serta terenak di dunia! Hehe.

Tapi, kebetulan ibu ayah Sya tak ada dan di rumah pula tak ramai orang, so Sya decide untuk beli sarapan di luar dan bawa balik ke rumah sahaja.

Asalnya nak beli dan cuba Roti Canai Kayu Arang, tapi masa Sya dan suami Sya pergi ke kedai ni, kedai ni tutup. Sebab mereka pergi ke KL ada wedding. 

Hampa jugalah masa ni. Sebab dah lama juga Sya teringin nak makan Roti Canai Kayu Arang ni. Ye lah, kalau google tempat makan best dan sedap di Melaka pun, mesti Roti Canai Kayu Arang ni listed.

Masa kami suami isteri nak gerak dari situ pun masih ada 2 - 3 buah kereta yang baru sampai nak makan di sini. Roti Canai Kayu Arang ni memang menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk makan. Pada hal masa tu baru pukul 7 lebih kot.

Tak apa lah. Tak ada rezeki hari Sabtu hari tu nak cuba merasa Roti Canai Kayu Arang ni.

Tanpa berlengah, cepat-cepat Sya fikir mana lagi tempat makan di Melaka yang best. Tinggggg!! Restoran Nasi Beriani Haji Tamby! Yeay! Terus terbayang Murtabak dia yang tak kedekut isi daging tu!

Untuk makluman semua pembaca atau pencinta makanan, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini terletak di Padang Temu. Alamat penuh dan waktu operasi seperti tertera di bawah :-

Alamat :
73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi :
Setiap hari bermula jam 9:00 Pagi hingga 4:00 Petang

Kalau keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, akan ambil masa 25 minit (16 km) untuk ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni. Kalau dari Melaka Sentral baru 15 minit (8.5 km).

Ini kira kali kedua kami datang ke sini. Kali pertama tak ingat pula bila. Huhu.. Tapi, lama jugalah tak datang. Bayangkan lah. Ini pun baru kali kedua datang sepanjang 27 tahun Sya hidup. Hahahah..

Ni antara gambar sejarah penubuhan Restoran Nasi Beriani Haji Tamby awal-awal dulu

Antara menu atau hidangan istimewa di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

Kami order Murtabak Special Haji Tamby (RM15), Murtabak Cheese (RM10) dan Murtabak Daging (RM8). Senang cerita semua jenis Murtabak yang ada di sini kami order. Hehe. Rugi kalau datang sini tapi tak cuba semuanya.

Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging

Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging

So, kalau korang datang bercuti atau singgah di Melaka, jangan lupa okay untuk datang serta cuba sendiri semua menu di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni especially Murtabak dia. 

Memang tak kedekut isi dan taburan daging di atas Murtabak tu lah. Makan 2 - 4 keping pun dah kenyang. Cicah pula dengan Kuah Dal yang pekat melekat dan air bawang. Perghhhhh.. Kedai pun senang nak cari. Kemas dan bersih. Pekerja yang baik dan service pun cepat :)

Tempat Makan Best & Sedap di Nilai : Breakfast @ Semangkuk Batang Benar

Kalau sebut pasal Nilai je, sure punya korang akan terfikir Nilai 3 kan kan? Hehe. Sebab Sya pun macam tu juga. Hahahah..

Tapi, sebenarnya Nilai bukan sahaja terkenal dengan tempat membeli-belah yang murah. Di Nilai juga rupanya terdapat tempat-tempat makan yang best dan sedap tau.

Antaranya di Semangkuk, Batang Benar.



Sebelum ni Sya pun tak tahu pasal Semangkuk ni. Al-kisahnya sehari selepas Sya dan Geng-geng SPA Shaklee The Walking Beauty (TWB) selamat mendarat di KLIA2 pada 30 September (Sabtu) lepas, suami Sya ajak Sya untuk breakfast di luar.

Sya apa lagiiiii.. Seperti orang ngantok yang disorongkan bantal lah! Hahaha.. Mahu tak. Letih dan penat balik dari Maldives memang tak habis lagi pagi Ahad tu.

So, sebelum kami keluar untuk mencari sarapan, suami Sya google dulu apa tempat makan yang best dan sedap di Nilai ni. Hasil carian google, suami Sya jumpa pasal Semangkuk, Batang Benar ni.

Tanpa membuang masa, kami suami isteri pun mandi dan bersiap-siap untuk ke sana.

Alamat : 
3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi : 
8:30 Pagi - 6:30 Petang

Kalau dari KLIA, perjalanan hanya mengambil masa 32 minit (39 km) sahaja dengan menggunakan Navigation.

Bagi Sya, apa yang best dan uniknya Semangkuk Batang Benar ni adalah :-
  1. Of course lah menu nya yang pelbagai 
  2. Service dan sistem yang cepat serta teratur
  3. Kedai makan yang kemas dan bersih
  4. Semua pekerja adalah warganegara Malaysia
  5. Sedap dan harga berpatutan

Sistem / Konsep "LAYAN DIRI"

Sistem "LAYAN DIRI" ni maksudnya, korang kena tulis sendiri makanan dan minuman yang korang nak order di kertas yang telah disediakan untuk setiap meja. Jangan lupa tulis nombor meja sekali.

Lepas tu, pergi ke kaunter untuk menghantar borang atau kertas pesanan tadi dan terus buat pembayaran waktu tu juga.

Beberapa minit selepas pesanan dibuat, korang akan dapat makanan dan minumam korang. 

Dah selesai, boleh terus bangun cau cin cau! Heeeee..

Sistematik kan?

Senarai makanan & minuman di Semangkuk Batang Benar beserta harga & waktu mula dijual

Kertas & pensil disediakan untuk kita tulis apa yang kita nak order 

Kertas order untuk makan pagi, minuman pagi & makanan

 Sya order Nasi Lemak Ayam Kampung

Suami Sya order Kacang Pool JDT

Oh, lupa nak ambil gambar minuman kami. Sya order Teh Tarik dan suami Sya pula order Milo Tabur Ais.

Mee Bandung Sotong Jumbo
Menu baru di Semangkuk Batang Benar
Insyaallah next time will try thisssss

Total untuk kami berdua sarapan pagi di Semangkuk Batang Benar ni hanyalah RM20.10 Oklah kan? Anggap seorang RM10.05 je walau hakikatnya total Nasi Lemak Ayam Kampung dan Teh Tarik Sya hanya RM9.60 Hahaha..

So, kalau korang berada di Nilai atau datang ke Nilai jangan lupa untuk singgah Semangkuk Batang Benar ni okay? 

Atau mungkin orang Negeri Sembilan sendiri lagi-lagi yang memang tinggal di Nilai atau sekitarnya, kalau belum pernah datang sini, boleh datang dan cuba sendiri semua menu yang disediakan.

Tak akan menyesal punyalah! Insyaallah :)

Next entry Sya share 2 tempat makan yang WAJIB korang pergi dan cuba di Melaka pula okay?! Stay tuned! ;)