Pages

Tuesday, 25 July 2017

My Short Getaway @ Pullman Hotels & Resorts Putrajaya




Ini namanya "rezeki!" Alhamdulillah!

Berakhirnya Persembahan Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017, maka berakhirlah "short getaway" Sya di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya..

"Short getaway" sangattttt.. Hehe.

Sebenarnya suami Sya dan team dia ada presentation pagi semalam yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Team suami Sya mewakili Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

MAHB ada sediakan bilik di Pullman untuk mereka bermalam di sana 1 hari (Ahad) sebagai persediaan untuk mereka keesokkan hari. Semua sekali ada 3 bilik. Team mereka ada 6 orang termasuk suami Sya.

Memandangkan ada 1 daripada mereka tak ada, jadi suami Sya decide untuk bawa Sya sekali bermalam di sana. Yang lain-lain dah ada partner.

Sya ON je. Tidur Pullman kot siapa yang tak nak! Hahahah.. Walaupun bilik yang ditempah bukanlah jenis Apartment 2 Bedroom with 1 King and 1 Twin Size Bed macam Sya pernah bermalam dengan family Sya tahun 2014 lepas, tapi ok lah kan. 

Sekurang-kurangnya Sya dapat juga keluar dari rumah dah bermalam di hotel secara percuma heeeee walaupun jarak nak ke sana dari rumah Sya dan suami 1 jam je pun!

Lagi pun dari Sya tinggal dan tidur rumah sorang-sorang, lebih baik Sya ikutkan. Sya ni dah lah memang jenis manusia yang "berani" sangat bila tidur sorang-sorang dekat rumah. Buat-buat faham sudahlah ye :P 

Tapi, nasib baik juga Sya ni bekerja dari rumah. Kalau tak, tak dapatnya nak ikut. Huhu.. Dan rezeki Sya dapat tidur di Pullman memandangkan suami Sya je yang tak ada partner lagi. Kalau tak, alamatnya terpaksalah kami suami isteri keluar duit sendiri juga untuk book bilik hotel yang lain. Huhu..

Bilik yang MAHB book adalah jenis Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony. Bawah ni Sya kongsikan beberapa gambar bilik kami yang Sya ambil.

Infront of our room
Level 2, Room No 3205

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Balcony

Hahaha.. Pintu bilik air pun nak ambilkan? :p



Jamban pun tak terkecuali nak ambil gambar :p

Fyi, ini sekadar informasi untuk anda ye jika anda nak bermalam di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya ni. Pullman ni ada 12 jenis bilik yang anda boleh book based on budget and suitability. Antaranya:-
  1. Superior Room with 1 King Size Bed
  2. Superior Room with 2 Single Beds
  3. Deluxe Room with 1 King Size Bed
  4. Deluxe Room with 2 Single Beds
  5. Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony
  6. Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony Lake View
  7. Premium Deluxe (1 king size bed, Spa Concept)
  8. Executive Room with 1 King Size Bed
  9. Apartment with 1 Bedroom King Size
  10. Executive Suite (Lounge access 1 King Size Bed separate Living Room)
  11. Apartment 2 Bedroom with 1 King and 1 Twin Size Bed and 
  12. Pullman Suite (Lounge access 1 King Size Bed separate Living Room).
Macam Sya dapat Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony pun dah bersyukur sangat! Hihi.

Oh, yeah. Selain itu untuk pengetahuan anda, Pullman Hotels & Resorts Putrajaya ni ada 4 Wings atau pembahagian bangunan (architecture) iaitu Bunga Tanjung Wing (Malay design), Lotus Wing (Chinese design), Jasmine Wing (Indian design) dan Rafflesia Wing (Borneo design).

Dan bilik kami berada di Rafflesia Wing (Borneo design). Jadi, kalau anda yang datang ke sini dan parking kereta di dalam Pullman, pastikan anda parking di Wing yang anda bermalam. Sebab setiap wing ada lift sendiri. Jadi dekatlah untuk anda ke bilik :) 

Harga parking RM15 per night. Kalau nak jimat, boleh parking di luar bangunan Pullman. Rasanya percuma je kot. Cuma jauh dan kena berjalan sikitlah.

pullmanputrajaya.com
pullmanhotels.com

Inilah satu-satunya gambar yang sempat ambil di sekitar Pullman sebelum Sya dan suami Sya keluar pergi makan malam di Coffee Village. Nasib baik sebelum ni dah pernah bergambar di sekitar Pulluman ni. Jadi, tak ada lah rasa ralat sangat. Ok, jarak nak ke Coffee Village ni dalam 15 minit kalau tak silap Sya.

Coffee Village

Wefie satu sebelum check-out!

Baru lepas check-out dan sebelum pergi ke PICC untuk tengok beberapa lagi team buat presentation

Atas kiri : Majlis Pembukaan Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017
Atas kanan : Salah satu Team dari MAHB tengah buat pembentangan. Tak ingat nama team apa dan present untuk projek apa.
Bawah kiri : Antara juri untuk sesi petang di Hall 8 kalau tak silap Sya
Bawah kanan : Setiap sesi ada penyampaian sijil penyertaan untuk team

Event ni berlangsung selama 2 hari (Isnin dan Selasa). Tapi, untuk hari ni Sya tak ikutlah. Kalau Sya ikut, tak dapatlah Sya tulis entry blog ni. Hihi.

Sekarang tengah majlis penutup yang di sempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Insyaallah, kalau ada rezeki team suami Sya akan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Genting Highlands pada November tahun ini. Syaratnya mesti dapat "Emas" dulu untuk presentation ni lah. Dan kalau berjaya di peringkat kebangsaan, insyaallah mereka akan ke peringkat antarabangsa pula yang akan berlangsung di negara Filipina atau Australia. Sama-sama doakan mereka ye?!

Kalau berjaya, dapatlah Sya ikut lagi. Heeeee.. Yang paling penting Sya nak pastikan kali ni Sya dapat tengok, ambil gambar dan rekod suami Sya dan team dia buat presentation.

Pagi semalam tak ada rezeki nak tengok sebab mereka team pertama yang buat presentation untuk sesi pagi. Sebelum tu ingat orang luar tak boleh masuk tengok dan kalau nak masuk juga kena bayar. Rupa-rupanya tak pun.. Terlepas dah peluang nak tengok suami Sya present dekat depan :"(

Argh tak apalah. Janji Sya puas dapat mentekedarah masa sarapan semalam. Kahkahkah. Dari pukul 7:30 pagi sampai pukul 9 pagi kau.. Hahaha.. Tapi, tak dapat masuk banyak sangat pun. Maklumlah perut kecil dan comel :p

Sebelum Sya ambil semua yang ada dalam gambar di bawah ni, Sya dah ambil Nasi Impit, Rendang Ayam dan Kuah Lodeh. #Rayakanadalagi (2 hari lagi berbaki sebelum Raya habis). Not bad lah rasa semua ni. Berasa dan sedap.

Pancake & Waffle
Sedap gilerrrrr!! Serious tak tipu!
Crunchy pekena pula dengan jem cherry dan blueberry yang sebiji-sebiji buah ia

 
Strawberry & Mango Yogurt 
Argh sedap juga!

Pau je kurang sedap sikit sebab keras sikit dan bukan pau kegemaran Sya, Pau Kacang warna hitam tu. Masa ambil Pau ni Sya tengah on call, itu yang tak dapat fokus dengan membaca setiap menu. Main ambil je.

Tapi kan bila tengok balik gambar makanan dan minuman yang Sya ambil, sebenarnya tak banyak mana pun. Huhu.. Air pun Sya minum air panas? Dan jus langsung tak ambil. Hahaha.. Fruits cereals semua tak ambil. 

Jadi tak berbaloi pun kalau breakfast berbayar. Breakfast free berbaloi. Hahaha.. Officemate suami Sya cakap breakfast sini RM69 per head macam tu.

Yang penting pillbox Shaklee cute ni sentiasa bersama! Lepas breakfast terus telan Set Kesihatan Asas Shaklee (Shaklee Optimum Health Set) : Vita-Lea (makanan sel), B-Complex (menguatkan sel - penting untuk saraf dan anti-stress) dan SR Vita-C Plus (pelindung sel).

Kalau nak cuba Set Kesihatan Asas Shaklee ni atau nak repeat order, boleh contact Sya terus di +6013 - 476 5930 atau email ke yaeppenyeoja@gmail.com 

Sekian sahaja perkongsian Sya kali ni berkenaan "short getaway" Sya di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya. 

Sya hanya nak berkongsi perasaan seorang "Working-At-Home-Wife" (WAHW) macam Sya ni bila Allah berikan rezeki dari benda yang kita sendiri tak sangka.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
Surah Ibrahim [14:7]

No comments:

Post a Comment