Pages

Friday, 23 September 2016

Prenatal Vitamins : 4 Jenis Vitamin Wajib Untuk Ibu Hamil







Tiba-tiba je rasa nak share dengan korang semua berkenaan vitamin-vitamin yang wanita hamil perlu ambil sepanjang tempoh kehamilan mereka walaupun belum ditakdirkan lagi untuk Sya dan suami Sya memiliki zuriat keturunan kami sendiri. :")


Mungkin sebab adik ipar Sya baru bersalin kot. Itu yang semangat terlebih tu. Hihi. Tambahan pula, kebelakangan ni ramai pula kawan-kawan dan kenalan Sya yang hamil dan melahirkan anak. Musim orang hamil dan bersalin berjemaah kot? Hehe.

Ok, back to our topic tadi. Berkenaan vitamin-vitamin "Prenatal" (Prenatal Vitamins). Masih ramai sebenarnya wanita hamil yang keliru dengan penggunaan multivitamin sepanjang tempoh kehamilan. Sebenarnya kan tak kisah tau korang nak ambil multivitamin jenama apa sekalipun, as long as kandungan vitamin dan mineral cukup untuk menampung keperluan korang dan bayi yang korang kandung tu. 

Dan tak kira jugalah korang nak ambil vitamin-vitamin yang diberikan oleh pihak klinik/hospital/farmasi atau pun korang hanya ambil makanan tambahan (supplement). Sejujurnya, kalau Sya diberi pilihan, Sya memang akan memilih untuk mengambil vitamin-vitamin prenatal dari Shaklee sahaja tanpa mengambil vitamin-vitamin dari klinik/hospital/farmasi. Ini kalau Sya lah.. Korang jangan cakap Sya menghasut korang pula tau. Semuanya terpulang dekat korang. Nak rasa pengalaman mengandung tu bukannya semua orang dapat rasa. Ada yang belum pun setahun usia perkahwinan mereka, Allah dah berikan rezeki buat mereka dulu. Ada yang setahun dan ada juga yang bertahun-tahun ambil masa untuk rasa semua tu. Jadi, bagi wanita hamil especially wanita yang hamil selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan anak, memang WAJIB ambil dan konsisten makan vitamin-vitamin prenatal ni! Nauzubillahiminzalik. Andai kata bayi yang dilahirkan nanti mengalami masalah atau kecacatan, huiiiii memang sedihlah kan! Nauzubillahiminzalik! Sebab tu kita kena berikhtiar! Last sekali Sya ada kongsikan beberapa pengalaman wanita hamil yang HANYA mengambil vitamin-vitamin Shaklee di sepanjang tempoh kehamilan mereka. 


Antara "Prenatal Vitamins" yang penting bagi wanita hamil adalah folic acid, zat besi (iron), kalsium dan omega-3. Tapi, jangan pula korang abaikan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat, protin, lemak dan air pula tau. Sebab semua ni pun sama penting bagi memastikan korang dan bayi korang mendapat nutrisi yang secukupnya.


Folic Acid 
Folic acid sangat penting tau untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ini salah satu usaha dan ikhtiar kita untuk menghalang kecacatan neural tube, disamping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain. Tahu tak apa tu neural tube?? Pernah tengok atau dengar bayi yang dilahirkan tak ada tempurung kepala? Spina bifida? Encephalocele? Inilah dia neural tube defect (NTD).. NTD ni kecacatan janin yang berlaku di awal perkembangan bayi. Pada kehamilan yang normal, antara usia kehamilan antara 3 - 4 minggu, terdapat beberapa sel yang spesifik dalam embryo akan bergulung dan bercantum hujungnya bagi membentuk satu saluran tiub yang dinamakan neural tube. Neural tube ni lah yang akan berkembang dan menjadi saraf tunjang dan otak. Jika neural tube ni tidak dibentuk dengan baik, berlakulah neural tube yang boleh dilihat di sepanjang kepala dan ke hujung saraf tunjang. 

Kalau ikut pakar perubatan, mereka cadangkan supaya kita ambil folic acid ni sebelum mengandung lagi. Kiranya lepas kahwin tu, terus ambil. Kot-kot lah tiba-tiba kita ter'mengandung' kan.. So, better kita ambil langkah berjaga-jaga dulu. 

Dos yang dicadangkan bagi mereka yang merancang untuk hamil adalah 400 micrograms (mcg) sehari. Untuk mereka yang sedang hamil, folic acid yang diperlukan adalah 1,000 mcg sehari. Untuk pengetahuan, ada folic acid yang dijual difarmasi mengandungi 5 mg (5,000 mcg). Jadi hati-hati ok sebelum nak beli atau makan folic acid dari mana-mana farmasi. Makan ikut keperluan dan kesesuaian badan.


Zat Besi (Iron)
Fungsi zat besi adalah untuk pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi juga penting bagi mengelakkan kelahiran bayi pramatang. 

Dos zat besi yang diperlukan bagi wanita hamil adalah 27mg, manakala bagi wanita yang tidak hamil adalah 18mg. Zat besi ni jangan ambil lebih dari 1 biji tau. Sebab berkemungkinan korang akan mengalami sembelit dan pedih perut. 

Dan kalau boleh elakkan pengambilan antibiotik seperti ciprofloxacin, doxycycline dan norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas korang ambil zat besi sebab nanti akan mengganggu penyerapan zat besi yang korang ambil tu. Ikan, daging merah, hati, makanan tenusu seperti susu, mentega atau keju juga antara makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Termasuklah kalsium dan antacid (ubat angin).


Kalsium
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Dos yang diperlukan adalah 1,000 miligrams (mg) sehari. Kalau kalsium tak cukup, wanita hamil tu terdedah dengan preeclampsia, yang mana ianya boleh membawa maut untuk si ibu dan anak di dalam rahim.


Omega-3
Dan akhir sekali omega-3. Omega-3 ni penting untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang diperlukan adalah antara 200 - 300 mg sehari bagi wanita hamil dan menyusukan bayi.

Perlu tahu ye sumber terbaik omega-3 adalah dari ikan lagi-lagi ikan Salmon. Tapi, sebab ikan Salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai di US. Lagi pun harga ikan Salmon mahal kot dekat Malaysia ni! Kalau dekat Tesco RM26.99/kg. Korang boleh cuba ambil Omega Guard dari Shaklee. Boleh baca details dekat link ni http://isterihasriakhmal.blogspot.my/2014/07/si-minyak-ikan-omega-guard-shaklee.html kelebihan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan yang ada di pasaran.


Jadi, antara kesimpulan yang dapat dibuat adalah, "prenatal vitamins" penting kerana :-
  • Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Kelahiran pramatang
  • Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan 
  • Memberi kekuatan & membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik 
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi dalam kalangan wanita hamil yang loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan

"Prenatal vitamins" memang tidak menjanjikan anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Analoginya seperti ini tau. Mengambil dan mengamalkan "prenatal vitamins" ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta. Tapi, dalam masa yang sama tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar.


Bawah ni Sya tunjukkan sedikit perkongsian pengalaman mereka yang mengambil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan mereka.












Apa-apa pun, dapatkan dulu nasihat dan berbincang dengan doktor yang merawat korang sebelum korang nak ambil apa-apa "prenatal vitamin" ok? Tapi, sekarang rasanya dah ramai doktor (general doctor atau doktor pakar) yang mencadangkan dan menggalakkan wanita-wanita hamil untuk mengambil Shaklee disebabkan vitamin-vitamin Shaklee semuanya semulajadi, berkesan dan mesra alam. Dan yang membezakan vitamin-vitamin Shaklee dengan vitamin-vitamin jenama lain yang ada dipasaran atau vitamin-vitamin yang dapat dari klinik/hospital/farmasi adalah dari segi keselamatannya.. Semulajadi atau tidak.. Dari segi keberkesanan vitamin-vitamin tersebut dsb. Kalau nak tahu, Shaklee sangat particular tau bab-bab semulajadi ni. Jangan terkejut pula, dinding tingkap bangunan HQ Shaklee di US pun selamat untuk alam sekitar! Jadi, sebenarnya dah cukup kalau korang hanya mengambil "Prenatal Vitamin" daripada Shaklee. Kalau boleh JANGAN AMBIL HERBA! Sebab kebanyakkan herba yang ada di pasaran sekarang TIDAK MEMPUNYAI BUKTI IA SELAMAT UNTUK WANITA HAMIL seperti mana yang dinyatakan oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad. 


Boleh dapatkan "Prenatal Vitamin" Shaklee daripada Sya beserta konsultasi PERCUMA SECARA EKSKLUSIF. ;)





Siti Aisyah
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

#shakleebandarenstek #shakleeklia #shakleeklia2
#shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleecyberjaya #shakleeseluruhmalaysia

Thursday, 15 September 2016

Set Kurus Shaklee | Rahsia Berat Badan Turun Sehingga 7.4KG Dalam Masa 5 Bulan !!




 Dari 60.4kg turun ke 53kg dalam masa 5 bulan sahaja!!
Penurunan sebanyak 7.4 kg dalam masa 5 bulan 


Sebahagian komen daripada rakan-rakan Facebook (FB) yang terkejut dengan penurunan berat badan Sya dalam tempoh kurang dari setahun


Rahsia?? Hahahah.. Tak ada rahsia apa2 pun. Cuma Sya ambil makanan tambahan (supplement) Shaklee, buat exercise, jaga makan dan berguru. Ada mentor/coach kurus yang sentiasa pantau aktiviti Sya sepanjang tempoh Sya nak kurus dan dapatkan berat badan idaman Sya. Hehe.


Coach Sya ni suami kepada kak ngah Sya, Ainul Shahrazad. Siapa ahli Shaklee kenal lah kot siapa kak ngah Sya dan suaminya. Dalam Shaklee mereka adalah Master Coordinator. Kiranya coach Sya ni abang ipar Sya lah.


Ok, walaupun beliau abang ipar Sya.. Tapi, beliau sangat strict tau sebagai coach kurus. Beliau tubuhkan satu group khas untuk kurus di whatsapp. Nama group ni adalah "Loss Weight Gain Muscles." Salah satu syarat WAJIB kalau nak join group ni adalah setiap peserta wajib ada "Set Kurus Shaklee" yang terdiri dari Lecithin, Omega Guard, Alfalfa Complex, Herb-Lax, Cinch dan Energizing Soy Protein (ESP) macam dalam gambar di bawah ni :-




Untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan (overweight), keenam-enam supplement Shaklee ini wajib ambil. Banyak? Tak banyaklah. 6 je.. Itu pun bukan makan dan minum sekaligus. Setiap supplement ni ada cara pengambilan yang tersendiri dan waktu makan yang paling berkesan. Tapi, kalau nak ambil salah satu dari setiap nombor (1, 2 & 3) tu pun boleh je. Cuma mungkin kesan ia lambat sikitlah. Tapi, still bergantung pada badan seseorang. Yang pasti Set Kurus Shaklee ni insyaallah berkesan dan sangat membantu dalam penurunan berat badan dengan cepat kalau diambil secara disiplin dan konsisten. :)


Jom kita berkenalan lebih rapat lagi dengan setiap supplement Shaklee yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee ni.


Omega Guard 




Seperti mana yang kita ketahui, Omega Guard adalah sumber asid lemak omega-3 yang paling tinggi. So, kalau korang nak turunkan berat badan dengan lebih cepat dan mudah, jangan lupa untuk masukkan asid lemak omega-3 dalam menu diet seharian korang okay? Sebab salah satu FUNGSI UTAMA Omega Guard dalam penurunan berat badan adalah MEMBAKAR LEMAK

Kenapa?

Sebab badan kita tidak boleh menghasilkan asid lemak omega-3 sendiri. Unless kita ambil omega-3 ni dari makanan atau supplement.

Penting untuk korang tahu juga perbezaan antara Omega Guard dan Lecithin ye. Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak tau BUKAN pengemulsi lemak. Minyak ikan membantu membakar lemak yang termendap. Dan dalam badan kita ni ada satu hormon yang dipanggil hormon Leptin. Leptin ni akan bagi tahu otak kita untuk kurangkan selera makan.

Omega Guard Shaklee juga menghalang penghasilan hormon Cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak, memperbaiki kadar gula dalam darah dan menambah penghasilan Serotonin (bahan kimia otak yang akan buat kita rasa kenyang). Tahap insulin badan pun akan berkurang 50% dari kebiasaan. Bila kadar insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga membantu mengawal gula. So, gula atau karbohidrat yang diambil tidak akan menjadi lemak.






Lecithin 




Salah satu fungsi Lecithin adalah untuk mengawal kolesterol dan untuk minda. Agak-agak koranglah kan, kalau Sya hulur korang otak haiwan korang nak tak? Huhu.. Otak haiwan merupakan salah satu sumber terbaik Lecithin juga tau selain dari kuning telur dan susu soya. Disebabkan kita tidak mampu untuk mengambil sumber Lecithin tersebut di dalam kuantiti yang diperlukan oleh keperluan harian kita, makanya kita perlu mencari jalan supaya badan kita mendapat Lecithin yang cukup.

Untuk Lecithin Shaklee, ianya diperbuat dari kacang soya organik. Lecithin Shaklee ni pula berfungsi sebagai PENGEMULSI LEMAK. Emulsi lemak bukan bermaksud membakar lemak, tetapi bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya menjadi lebih kecil supaya ia mudah untuk bergerak di dalam sistem pencernaan. Jangan lupa ambil sesuatu seperti Alfalfa Complex dan Herb-Lax lepas tu tau untuk keluarkan lemak-lemak yang dah diemulsi tu ye! Kalau tak sia-sia je lemak-lemak tu dipecahkan, tapi tak dikeluarkan.

Sekarang nampak ke nampak macam mana kalau Lecithin dan Omega Guard digabungkan?


Alfalfa Complex 





Kalau nak pecahkan lemak, kita ambil Lecithin. Kalau nak bakar lemak yang termendap di dinding membran kita pula, kita ambil Omega Guard. Pecah lemak dah, bakar lemak pun dah. Then, takkan kita nak biarkan lemak-lemak yang dah pecah dan bakar tadi tu terkurung je dalam badankan? So, inilah fungsi Alfalfa Complex untuk kurus. 

Clinical studies menunjukkan bahawa penggunaan Alfalfa yang berpanjangan akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolesterol. Alfalfa mempunyai Saponin (seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol). Alfalfa Complex ni salah satu agen detoks Shaklee juga tau. Sangat membantu untuk mencuci dan buang toksin dalam badan melalui pembuangan air besar.

Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protin dan kalsium yang tinggi di samping mineral, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan/supplement. 


Herb-Lax





Dalam kalangan ahli-ahli Shaklee, Herb-Lax ni dikenali sebagai 'julap.' Tapi, bukan julap seperti yang ada di pasaran tau. Herb-Lax ni kategori julap lembut dan sesuai untuk diamalkan sekali-sekala sahaja. Sebab kita tak nak sistem pencernaan kita terlalu bergantung dengan Herb-Lax. Biarkan ia bekerja secara semulajadi.

Herb-Lax ni fungsi ia lebih kurang macam Alfalfa Complex dari segi mencuci, membersih dan menyingkir toksin dari usus serta badan. Kalau badan korang rasa macam berat je kan, banyak asid, penuh dan selalu SEMBELIT, eloklah korang amalkan telan Herb-Lax sebelum tidur 1 atau 2 kali seminggu.

Kebanyakkan penyakit berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Bila tak sempurna, ia akan menyebabkan bakteria senang membiak. Sebab itulah pembersihan usus seminggu sekali atau seminggu dua kali dengan Herb-Lax sangat digalakkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Fugnsi Herb-Lax yang bertindak membersih dengan lembut dapat mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsung dapat membantu dalam masalah sembelit.


Cinch 





Sya percaya ramai lagi yang masih keliru fungsi Cinch Shake Shaklee dan ESP. Ye lah, Sya faham ada dalam kalangan SID sendiri pun masih keliru dengan kedua-dua ni (macam Sya lah tu :P). Itu sebab ada yang cadangkan Cinch untuk customer mereka yang nak kurus, ada yang cadangkan ESP.

Ok, Cinch Shake ni adalah 'meal replacement.' Maksudnya.. Katakanlah korang tak nak makan nasi waktu tengahari atau malamkan, korang boleh bancuh Cinch Shake ni. Sebab dalam Cinch Shake ni ada 270 kalori, 35g karbohidrat, 24g protin, 3g lemak dan 6g serat makanan larut. Lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk!

Dalam Cinch Shake ni ada Leucine tau. Leucine adalah asid amino yang mengawal tahap gula dalam darah, menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan otot serta tulang tisu dan pengeluaran hormon pertumbuhan. Fungsi utama Leucine dalam Cinch Shake ni adalah mengekalkan otot semasa diet. Bila otot kekal, metabolisme badan kita tinggi. Insyaallah, senang nak maintain berat badan sebab otot kita yang akan bekerja untuk membakar lemak. Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Sebab tu lah berat badan senang naik balik lepas kita diet. Itu namanya yoyo effect! :p


ESP





ESP adalah sumber protin soya Non-GMO (Genetically Modified Organism) yang terdiri dari 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Badan kita tak boleh ye hasilkan asid amino sendiri.. Jadi, memang kita kena ambil dari sumber luaran.

Hampir semua proses biologi memerlukan protin. Dan asid amino adalah blok-blok bangunan tersebut. Sebahagian besar sel-sel badan kita seperti otot dan tisu terdiri dari asid amino.

Untuk korang yang nak kurus.. Protin sangat penting tau untuk turunkan berat badan. Sebab badan kita memerlukan protin dan karbohidrat untuk proses pembakaran lemak. Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar. Tapi, badan korang akan kehilangan jisim otot. Bila jisim otot ni hilang, sebab tu lah nak dapat body shape persis Felixia Yeap tak dapat-dapat.

Kalau ada orang yang ambil ESP ni boleh kurus, itu disebabkan kandungan Glisemik Indeks (GI) yang terdapat di dalam ESP ni rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Sebab apa? Sebab pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. Jadi, nak diet dengan ESP pun boleh. Tapi, kena ingat tau yang ESP ni BUKAN meal replacement. Sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin. Hanya ada sebahagian Vitamin B, Kalsium dan beberapa mineral je.


Apa-apa pun, korang kena INGAT tau. Benda PALING ASAS dalam menurunkan berat badan atau untuk kurus adalah BERSENAM. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tipulah kalau ada orang yang berjaya kurus bergantung 100% dengan supplement. Tiada istilah kurus tanpa senaman dan jaga pengambilan makanan. Satu lagi kena ingat. Kita nak kurus BUKAN semata-mata untuk cantik je tau. Tapi, untuk kesihatan juga. Sebab kegemukan boleh menjemput banyak penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. 





Siti Aisyah
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

#shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleeklia #shakleeklia2 #shakleemalaysia

Friday, 9 September 2016

Sebab Kenapa Perlu Memilih Shaklee Sebagai Perniagaan Sampingan Anda



CASH, CAR and CONVENTION

These three reasons could explain why you have to choose Shaklee as your part-time business or full-time business!!

Hi, assalammualaikum semua!

Actually, dah lama dah Sya nak share dengan korang semua berkenaan "benefits" yang Shaklee tawarkan dekat semua yang mendaftar sebagai ahli Shaklee.. Atau kita panggil Shaklee Independent Distributor (SID). Tapi, disebabkan sikap yang masih suka bertangguh tu, makanya bila dah dapat task daripada "Nanny" Shaklee Sya untuk tulis entry berkenaan 3C yang Shaklee offer ni, barulah terhegeh-hegeh terkedek-kedek nak kongsi. Huhu.. Tapi, due date untuk submit entry ni hari Ahad ni hoiiiii.. Hari ni dah hari Jumaat. Dah petang pula tu. Pagi2 esok nak kena gerak balik Melaka kejap sebab ada housemate time Degree dulu kahwin. Then, nak kena balik Senawang rumah mertua sebab Raya Haji tahun ni giliran beraya dengan mertua.

Inhale.. Exhale.. Huhhhhh..

Ok2. Jom kita terus ke 3C yang Shaklee offer ni.


1. CASH BONUS


Korang tahu tak, once korang dah sah menjadi ahli Shaklee.. Korang dah berpeluang untuk dapat "cash bonus" setiap pertengahan bulan tau. Ye. Pertengahan bulan. Shaklee memang akan masukkan bonus kepada setiap SID dia tengah2 bulan. Best kan? Orang lain belum gaji, kita dah gaji dulu. Paling best, kita dibayar 'gaji' dalam keadaan kita duduk di rumah sahaja. ;)

Tapi, macam mana nak pastikan kita boleh dapat bonus tu?? Haaa.. Meh sini Sya explain meh. Cukup sahaja 150 UV/Point dan ke atas untuk 1 bulan tu, korang dah LAYAK dapat bonus. Boleh refer table dekat atas tu. 150 UV ni lebih kurang RM465 yang korang kena spend untuk korang dapat 5% bonus daripada Shaklee. 

Sya bagi contoh eh.
Katakanlah korang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee lagikan. So, korang pun cari Sya untuk daftar sebagai SID.. Cara untuk jadi SID ada 2 cara tau.

1. Membuat bayaran sebanyak RM68.90 

ATAU

2. Membuat pembelian mana2 produk Shaklee sehingga 200 UV (RM660) dan terus dapat FREE MEMBERSHIP (Dah JIMAT RM68.90) beserta CASH BACK RM30+ dan PRODUK2 Shaklee sekali.

Jujurnya kalau Sya jadi korang, Sya akan pilih yang nombor 2. Ye lah kan, kalau korang plan nak jadikan Shaklee side income atau 2nd income korang, korang sendiri kenalah cuba dulu produk2 Shaklee sebelum korang promote dekat orang lain. Rasai sendiri keberkesanan produk2 Shaklee. Then, barulah korang akan rasa lebih yakin dan bersemangat untuk share kebaikan atau kesan yang korang dapat dekat bakal customer korang. Dekat sini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk yakinkan lagi orang tentang produk2 Shaklee ni sebab orang lain tengok sendiri testimoni bergerak depan mata mereka. ;)

Dan kalau korang tak nak makan atau minum atau guna sekalipun produk2 Shaklee yang korang beli ni, korang boleh jual balik. Tapi, seriously rugiiiii hokay kalau korang jual tanpa korang cuba.. Korang pun dah JIMAT hampir RM100 tau sebenarnya kalau korang register dengan cara nombor 2 ni. Produk2 Shaklee setakat ni memang kesan ia memang superb! Sesuai dengan tagline ia "ALWAYS SAFE, ALWAYS WORKS, ALWAYS GREEN." Ditambah pula dengan Landmark Study, Clinical Study dan Research & Development (R&D) yang Shaklee jalankan untuk setiap produk yang dikeluarkan. Syarikat Shaklee pun dah bertapak selama 60 tahun kot.. Secara logiknya, kalau betul lah produk2 Shaklee ni tak bagus, tak berkualiti, takkan lah syarikat Shaklee mampu bertahan sampai sekarangkan.. 

Tapi, kalau korang rasa nak mendaftar sebagai SID dengan cara nombor 1 tu.. Tak ada masalah.. Korang just carilah orang untuk beli mana2 produk Shaklee sehingga uv korang tu cukup 150 uv. Senang! Macam mana nak cari orang? Haaa.. Ini Sya akan ajar nanti once korang dah sah jadi SID bawah Star Light Families (SLF) Sya. =) Korang jangan risau. Sya, family SLF, family Dreams (Group Shaklee di bawah Mummy/Direct Upline Sya) dan family Sparkle (Group Shaklee di bawah Nanny Sya) akan bantu korang step by step sampailah korang berjaya dapatkan bonus sekurang-kurangnya RM2000 tu dan ke atas. ;) Ada "support group" untuk korang belajar dan mengadu segala-galanya. Insyaallah, mereka semua ni dah macam family sendiri. Saling membantu dan boleh dipercayai.  :)


2. CAR SUBSIDY PROGRAM


Ok, untuk "car subsidy program" pula.. Syarat pertama adalah korang kena pastikan korang dah ada "rank" atau pangkat dalam Shaklee sekurang-kurangnya Supervisor (SV). Contoh, sekarang rank Sya dalam Shaklee adalah SV. Sya perlu pastikan Sya Effective Supervisor dengan Group UV (GUV) sekurang-kurangnya 2,500 GUV dan mesti efektif untuk tempoh 4 bulan berturut-turut serta memenuhi keperluan volum seperti yang dijelaskan secara terperinci dalam Shaklee Opportunity Presentation. Pasal uv, puv, guv dll ni Sya akan explain lebih terperinci once korang dah join Shaklee bawah Sya ok. Yang pasti kacanggggg je lah nak kumpul 2,500 guv tu. ;)

Shaklee National Conference (NC) 2013/2014
7 - 9 Jun 2014
Sunway Lagoon Resort & Spa

Ini bukan Sya tau. Hahahah.. Ini 'pinjam' gambar kakak Sya, Athirah. Masih ingat pangkat 'Nanny' @ nenek Shaklee yang Sya mention dekat atas tadi? Haaa.. Inilah dia 'Nanny' Shaklee Sya. Dialah kakak, dialah nenek. Kahkahkah. Memandangkan Sya belum dapat lagi "Car Bonus Achiever" ni, so Sya pinjam dulu gambar kakak. Ambil semangat dan aura dulu. Doakan Sya menyusul pula tau lepas ni. Teringin juga nak drive kereta idaman yang Shaklee bayarkan setiap bulankan.. :") :") Macam kakak Sya ni, dia memang aim Audi Q5. So, sekarang ni memang setiap bulan Shaklee akan hantar ketua Harimau untuk mengaum dekat Maybank2u kakak Sya ni setiap bulan untuk bayarkan installment Audi Q5 dia. Best kan? Duduk rumah pun boleh bawa Audi Q5. RM4,000 tak lari ni Shaklee bayarkan setiap bulan. Bergantunglah jenis kereta apa yang korang nak Shaklee bayarkan. Cuma sekarang  ni kakak Sya masih kumpul point untuk Audi Q5 dia ni. Kalau boleh, deposit pun dia nak Shaklee yang bayarkan. Siapa sangkakan. Dia yang dulunya mengambil jurusan undang-undang di universiti dulu, akhirnya berjaya membuktikan yang perniagaan Shaklee ni mampu memberi dia lebih lagi berbanding kalau dia menjadi seorang Peguam. :)


3. Convention Program

Untuk program konvensyen pula, once korang dah jadi Supervisor (SV), korang akan mula dapat mata kredit (point) untuk Program Konvensyen Shaklee seperti latihan, motivasi, pengiktirafan peribadi, keseronokan dan keriangan.

Setiap tahun, pemimpin jualan yang layak akan mendapat keistimewaan menghadiri Konvensyen Shaklee yang diadakan di dalam dan luar negara.

Dengan Shaklee, korang berpeluang untuk merasai percutian dalam dan luar negara bertaraf 5 bintang tau.

Macam tahun 2013/2014, National Conference (NC) diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa. Dan mereka yang layak untuk local trip award time ni diberi penginapan bertaraf 5 bintang (hotel, makanan, layanan dan kejutan/hadiah yang disediakan pihak Shaklee Malaysia di atas katil bilik hotel mereka. International trip pun sama. Anyway, nak tahu hadiah apa? Pastikan korang setia dengan blog Sya dan tak tinggal walau 1 entry blog Sya okay? ;) NC 2015 tahun lepas juga diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa. Ye lah, memandangkan Home Office (HO) Shaklee berada di bangunan Sunway Pinnacle kan. Haaa.. Ce teka time ni mereka yang layak menyertai local trip Shaklee menginap di hotel mana pula? Hehe.





Palace of The Golden Horses okayyyyy!!


Arghhhhh.. Tak sabau tau Sya nak share dengan korang semua gambar2 masa NC, local and international trip and especially gambar2 masa Sya dapat award "New Rank Achievement" (Supervisor) tahun lepas. Hihi. Insyaallah, next entry okay? :)

Ok, yang bawah ni antara percutian mewah dalam dan luar negara yang Shaklee tawarkan kepada semua pengedar sah Shaklee/SID yang telah mencapai rank sekurang-kurangnya SV dan ke atas. Macam international trip, korang boleh pilih sama ada korang nak pergi tunaikan Umrah (Umrah Ziarah Abu Dhabi, Madinah, Mekah) atau bercuti di negara lain (negara lain ini ditentukan oleh pihak Shaklee). Macam tahun lepas Shaklee bawak SID mereka yang layak ke Milan, Florence dan Rome, Italy. Tahun depan, trip ke negara matahari terbit, Jepun pula. Huh.. Siapa yang tak nak weh trip mewah 100% ditajakan?? Buat masa ni cari, kumpul dan ambil semangat kakak-kakak dan abang-abang ipar dulu. :)

 
JW MARRIOTT 
MARQUIS 
DUBAI
Hotel tertinggi di dunia

Burj Khalifa 
Struktur tertinggi di dunia
829.8m (2,722 ft)

 


Umrah Ziarah Abu Dhabi, Madinah & Mekah
International Trip 2015

Milan, Florence & Rome, Italy
International Trip 2015
(Gambar ni je bukan gambar kakak dan abang ipar Sya. Ini Sya 'pinjam' gambar salah seorang Master Coordinator Shaklee, Master Nana Macarona & Master Firdaus)


Acam? Terbakar dah? Hihi. Tunggu Sya update entry penuh pasal NC, local dan international trip Shaklee. Sya tengah taip ni pun Sya dah rasa terbakar. Huhu.. Baiklah korang join Shaklee sebelum korang rentung hangus :P

Ok, untuk international trip ni, points yang korang kena kumpul adalah sekurang-kurangnya 1070 points. Manakala, untuk local trip points yang korang mesti ada adalah 410 points. Syarat untuk melayakkan korang dapat salah satu trip ni adalah dengan memastikan korang efektif rank tersebut dalam masa 4 bulan berturut-turut sepanjang tempoh kelayakan.

Umrah Ziarah / Jepun 2017
Korang pilih ;)

Local trip untuk 2017
Local trip pun naik Cruise mewah kot..

Yang pasti lebih tinggi rank yang korang capai, lagi tinggi jumlah personal group uv (pguv) dan points untuk local/international trip yang terkumpul. 

Dan apa yang Sya boleh cakap, korang yang tak pernah merasa naik kapal terbang atau bercuti di luar negara mempunyai peluang yang BESAR sebenarnya tau bila korang join Shaklee ni. Ye lah, boleh dikatakan TIADA RISIKO lah korang join Shaklee ni. Serendah RM68.90 je (kalau korang nak join dengan cara No 2 tadi lah) korang boleh nikmati benefits semewah ni?? Macam tu juga korang yang masih menganggur tak tahu nak buat apa pada masa yang sama tiada punca atau sumber pendapatan. Shaklee is the best way!

Dan sebenarnya tanpa korang sedari, NILAI TERBESAR yang korang dapat sepanjang penglibatan korang dalam Shaklee ni adalah menolong serta membantu golongan yang mempunyai masalah kesihatan mendapatkan semula kesihatan mereka. Begitu juga dengan mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan dan kekangan masa bersama orang2 yang tersayang tercinta seperti masa bersama anak2, suami serta keluarga. Bila korang dapat bantu orang lain pula untuk dapat dan rasai apa yang korang dah dapat, memang perasaan dia macam korang menang main Chess lah. Checkmate!! 

Thursday, 8 September 2016

Cara Membuat Brownies Kedut Paling Mudah dan Sedap






Hi, assalammualaikum semua! Sihat?

Pagi ni Sya nak share dengan korang semua resepi atau cara nak buat Brownies Kedut yang paaaaaling mudah dan sedap atas dunia! Hihi. Seriously mudah sangat! Sedap pula tu! Rasanya budak2 Tadika pun boleh buat. Hehe. Tak payah pakai mixer pun. Eh. Ke memang buat Brownies tak payah pakai mixer?? Sya 1st time baking. 1st time buat Brownies juga. So, memang tak tahu. Yang Sya tahu, duplicate cara yang orang dah buat. Heee!!

Macam ni lah life Working-At-Home-Wife (WAHW). Bebas nak buat apa sahaja! Nak baking, nak hang out, nak tidur terbongkang, nak serve internet sampai lebam, nak tengok tv tengok movie sampai bengkak2 mata sampai mata Panda semua boleh! Hikhikhik. Best ke best? Of course lah best kan.. Ada ke mana2 isteri dan ibu yang tak suka duduk rumah 24 jam, tapi duit pun sentiasa masuk 24 jam? Confirm tak adakan?! Cuma terserah dekat korang semua nak macam mana. Peluang dan pilihan dah ada depan mata. Tinggal nak tangkap je. :)

Btw, kebetulan time balik rumah pil minggu lepas, ada menantu angkat pil Sya singgah rumah bawa Brownies yang dia buat. Tepu dan lembut! Manis, manis Brownies. So far ini homemade Brownies yang ke-4 pernah Sya makan. Semua sedap! Cuma ada 1 Brownies tu keras sikit. Tepu tu dah ok, just keras dan kurang manis sikit.

Oklah, tajuk post Sya pun berkenaan cara membuat Brownies Kedut kan.. So, tak mu lah membebel dan berceloteh panjang sangat. Jom kita layan cara2 membuat Brownies Kedut! ;)





Bahan-bahan :
1. 2 biji telur grade A 
Sya guna telur biasa je. Telur brand Nutri Plus yang low cholesterol ada 10 biji tu sebab tak jumpa telur yang 10 biji grade A.
2. 1 sudu kecil Essence Vanilla 
3. 3/4 cup Castor Sugar 
Sya beli brand Kings.
4. 85g butter 
Guna salted butter ye. Resepi asal guna salted butter SCS. Tapi, Sya tukar kepada butter brand Ballantyne. Sebab lambang butter SCS macam lambang bendera Israel je. Heee.. Tapi, bila tengok betul2, butter SCS ni bentuk bintang. Lambang bendera Israel bentuk triangle/segi tiga. Terpulang tau korang nak guna butter brand apa sekalipun. As long as salted butter. Lagi pun butter SCS mahal sikit. RM12.99 Butter Ballantyne baru RM11.90
5. 250g dark chocolate 
Resepi asal guna dark chocolate Beryls. Tapi, Sya guna cooking chocolate Nona. No choice. Time pergi beli bahan2 Brownies dekat Zemart, brand Nona ni je yang paling ok dan Sya familiar. But, the taste still sedap. No worries!
6. 1/2 cup tepung gandum 
Tak kisah juga apa2 brand. Sya guna Tepung Gandum Cap Sauh.
7. 1 sudu besar serbuk koko
8. Tray/loyang saiz 7x7 inch 
Kalau guna tray 10x10, make sure korang double kan bahan-bahan tau! Kalau tak nanti Brwonies Kedut korang jadi tipis giler macam Brownies Sya. Kahkahkah!
9. Parchment paper
10. Walnut 
Terpulang nak letak atau tak. Kalau nak letak, tak semestinya letak walnut. Boleh juga letak almond slice yang color putih tu, almond color coklat boleh dsb.
11. Nutella 
Terpulang juga nak letak atau tak.

** Anggaran kos untuk bahan-bahan adalah RM41.37 (Harga tak termasuk tray, parchment paper dan Nutella). Harga bergantung pada jenama/brand bahan yang dipilih dan dibeli.


Cara-cara :
1. Cairkan butter



2. Cairkan dark chocolate menggunakan kaedah double boil. Gambar lupa nak ambil. Sorryyyyy.. Heee.. 

3. Letak gula Castor dalam bekas lain.

4. Kemudian satukan butter yang telah dicairkan tadi dengan gula Castor. Kacau sehingga sebati sahaja. Bukan sehingga gula cair.



5. Pecahkan 2 biji telur sekaligus dan kacau perlahan-lahan sehingga kuning telur pecah. Kacau kejap je tau. Masukkan Essence Vanilla lepas tu.


 

6. Masukkan coklat yang dicairkan panas-panas tadi ke dalam adunan butter, gula Castor dan telur. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.



7. Dah sebati, campurkan tepung gandum dan serbuk koko serta kacau bagi sebati juga. Jangan lupa ayak dulu tepung tu tau supaya tepung tak berketul-ketul. Sya punya tepung berketul-ketul sebab lupa nak tapis dululah! Huahuahua.. It's okay.. 1st timer~~



8. Akhir sekali transfer adunan tadi ke dalam tray saiz 7x7 dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c dengan menggunakan api atas dan bawah.



Oh, jangan lupa panggang Walnut yang dibeli macam dekat bawah ni. Panggang dalam 10 minit macam tu atau sampai ia rasa garing dan rangup. Ini kalau korang nak bubuh Walnut lah atas Brownies Kedut korang sebagai hiasan dan penyedap rasa.



Lepas tu letaklah Nutella ikut kreativiti korang.. Nak corak macam mana.. Garis-garis ke.. Bunga-bunga ke.. Terpulang.. Kalau nak yang bercorak, boleh beli cake nozzle macam dekat bawah ni. Beli sekali piping bag ia. Boleh cari dekat kedai2 bakery. Melambakkan bakery shop sekarang ni.. 



Happy baking korang!

Brownies Kedut Walnut Nutella by Sya Syasya
7 September 2016

Btw, makan makan juga. Kesihatan badan tetap nombor 1 kena jaga! Brownies Kedut Walnut Nutella ni sangatlah tinggi kandungan gula ia. Seriously, siapa yang addict dengan Brownies Kedut atau makanan2 dan minuman2 manis, better korang do something. Cari alternatif untuk korang counter back apa yang korang makan dan minum.

Macam Sya, Sya akan counter back dengan cara ambil makanan tambahan (supplement) dan bersenam (exercise). Mungkin korang juga boleh apply benda yang sama. Supplement yang Sya ambil adalah B-Complex, Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

B-Complex (RM56.98/120 tablets) : Membantu menukarkan gula kepada tenaga dan membantu mengurangkan keletihan.
Alfalfa Complex (RM56.98/300 tabltes) : Membantu menstabilkan gula dalam darah. Juga supplement terbaik untuk detoks.
ESP (RM159.00/850g) : Membantu mengawal kadar gula dalam darah dan membantu dalam menghasilkan sel2 badan yang lebih sihat. Sesuai sangat untuk pesakit Diabetes (kencing manis) sebab ESP ni tanpa kolesterol dan laktosa. Sangat membantu orang yang ada gastrik, susu badan kurang dan masalah kulit muka.

Boleh direct contact Sya untuk tempahan. Harga yang tertera adalah harga bukan ahli termasuk GST. Sya boleh berikan harga yang jauh lebih murah kalau korang nak. Contact Sya dulu untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah tu. :) ESP tengah PROMOSI pula tu bulan September 2016 ni. Rugi tak boronggggg!! ;)





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Happy Working-At-Home-Wife (WAHW)
Your Trusted SID : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH) : Natural Home & Mobile Spa

FB : Sya Syasya
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa & Mobile Spa
IG : YEOJA_BEAUTYHOUSE & IAMSITIAISYAH
Email : yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com
Contact Number : +6013-476 5930

#shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleeklia #shakleeklia2