Thursday 26 November 2015

Malay Wedding | Selamat Pengantin Baru Senget-Senget Crew (SSC) !!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Welcome to the club, Kak Unn! Club of wives. Hehe.

Alhamdulillah.. Another one Senget-Senget Crew got married! Senget-Senget Crew? Apa tu? Secara ringkasnya, Senget-Senget Crew adalah nama sebuah kumpulan kami (Me and few of my close friends, Nadhrah Amirah (Nadh), Shafiqa Nazurah (Fiqa), Nurul Szliana (Kak Unn), Wan Izzati Liyana (Yana) dan Nurul Amira (Mira) ketika kami menuntut di UiTM, Seri Iskandar, Perak.. Nama group kami ni diberi oleh salah seorang daripada kami iaitu si senget, Fiqa. :P

Again, alhamdulillah until now kami masih lagi berhubung even kami tak selalu jumpa macam dulu, but at least kami selalu juga berhubung sama ada melalui whatsapp group, Facebook (FB) dan Instagram (IG). Cuma, Mira je kami dah lost contact. Kami try juga contact Mira. Try call and wechat her, tapi Mira tak angkat pun phone dia even ada ringing and yet dia tak reply pun wechat even gambar wechat dia bertukar. So, I (We actually) really hope that kalau Mira terbaca entry Sya ni, Mira dapat contact kami semula. We all miss you so much, Mira!! :"( :"( :"( :"( :"(

Ok, back to our topic. Tak nak lah sedih2. Kak Unn ni ahli SSC yang ketiga berkahwin. Ahli SSC yang pertama kahwin agak2 korang siapa??? Hihi.






It was me! *Malunya*

Ahahahah.. xD Betul lah. Sya lah ahli SSC yang pecah rekod kahwin dulu. Huhu.. Tak sangka, gurauan kami ketika di UiTM dulu akhirnya menjadi realiti! Dengan izin Allah S.W.T., gurauan dan kata2 kami itu menjadi kenyataan. 

Kami sering menunding jari siapa yang akan kahwin dulu nanti. Most of them said, Sya yang akan kahwin dulu. I don't know why. Maybe perkongsian Sya berkenaan family Sya try cannon kan Sya dengan orang itu dan orang ini menjadikan dia orang fikir Sya yang akan kahwin dulu. But, it was true! Memang Sya yang kahwin dulu even bukan dengan orang2 yang family Sya cannon kan time tu. Huhu..

First.. Sya..
Second.. Yana..
Third.. Kak Unn..

Eh. Tak2..

First.. Sya..
Second.. Kak Unn..
Third.. Yana.. and then Nadh? Fiqa?

Hahaha.. Macam ni lah kami dulu.. Saling menunding jari.. Akhirnya, ahli SSC yang ikut jejak langkah Sya adalah Yana.. Kemudian barulah Kak Unn.. Apa2 pun, alhamdulillah dah selamat 3 orang ahli SSC menjadi isteri orang! Tinggal 2 orang je lagi yang still single. Available or not available tu kena tanya cik empunya dirilah. ;)

Cakap sorang2 pun tak best juga. Hihi. Jom cuci mata dulu tengok gambar2 sekitar majlis pertunangan dan perkahwinan 3 orang ahli SSC yang dah selamat bergelar isteri orang!

Majlis Pertunangan Siti Aisyah binti Ab Razak & Hasri Akhmal bin Samsuri
16 Julai 2011
Taman Ayer Molek, Melaka


                Bakal mama mertua sarungkan cincin           Macam tak percaya si dia bakal suamiku

Bersama 13 dulang hantaran daripada pihak lelaki


Majlis Pertunangan Wan Izzati Liyana binti Wan Tamlikha & Muhammad Faizul bin Ismail
13 Jun 2014
Kampung Tersusun, Bukit Jana, Kamunting, Perak


Si manis kami, Yana. Sweet!

 
Yana & Faizul
Ahli SSC yang kedua bertunang 

 
From right : Nurul @ Kak Unn, Yana & Fiqa
Time Yana bertunang Sya dan Nadh tak dapat datang sebab jauh. 
Tapi, kami pastikan time Yana kahwin kami datang. 
Dan memang kami datang! Hehe.


Majlis Pertunangan Nurul Szliana binti Said  & Fadli bin Sariman
28 Disember 2014
Bagan Serai, Perak


Suka Kak Unn bakal emak mertua sarungkan cincin! xD

Senyuman manis seorang bakal pengantin! 
Macam kilang gula tumpah je! Manis sangat! Ahahahah.

Muka tak sabar nak godeh setiap satu hantaran daripada pihak lelaki. Hehe.


Majlis Perkahwinan Siti Aisyah binti Ab Razak & Hasri Akhmal bin Samsuri
9 Februari 2013 | 10 Februari 2013
Taman Ayer Molek, Melaka | Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan


Pemberian mas kahwin sebanyak RM100 

Berarak di rumah keluarga Sya

Wo ai ni!!

Saranghae!!

Sesi memotong kek Permaisuri dan Raja
Perasan!!

Thank you so much Nadh & Yana for coming! 
Mewakilkan kehadiran SSC, Fiqa & Kak Unn.

Malam berinai di rumah keluarga suami

Anak MB Negeri Sembilan tiru kami naik benda alah ni. Hihi.


Pelamin Kayangan~
Idaman pengantin perempuan sebab ada pokok yang gunakan materia bulu2. Bahahahah.


Majlis Pertkahwinan Wan Izzati Liyana binti Wan Tamlikha & Muhammad Faizul bin Ismail
7 Februari 2015
Kampung Tersusun, Bukit Jana, Kamunting, Perak


Alhamdulillah, seorang lagi ahli SSC dah selamat jadi isteri orang!

Macam model untuk Majalah Pengantin pula! Hihi.

Nasib baik semua kurus dan kecil. Muat satu kerusi pengantin untuk 4 orang! 
Hahahah..

We are Senget-Senget Crew (SSC)!!!!
From right : Nadh, Me, Fiqa & Kak Unn

Yang 3 orang duduk depan pengantin ni kawan sekelas kami ketika di UiTM, Seri Iskandar dulu.

Bersama kawan2 satu UiTM, Seri Iskandar yang berlainan program. 


Majlis Perkahwinan Nurul Szliana binti Said  & Fadli bin Sariman
22 November 2015
Bagan Serai, Perak


Selamat Pengantin Baru, Kak Unn & suami, Fadli!!
Pengantin baru lagi ni. Fresh form the oven. Hikhikhik.

Ambil gambar kenangan sikitlah.. Datang dari jauh ni.. Hihi.

WE LOVE YOU
TAHNIAH!!

From right : Nadh, Yana, Kak Unn & suami, Naz, Dila

Setelah few years tak jumpa dan akhirnya kami jumpa semula di sini! 
Kawan2 UiTM, Seri Iskandar


Ok, cukuplah ni eh Sya share gambar? Tak boleh share banyak2. Nanti yang single dan available lagi tu (perempuan / lelaki) terus cakap dekat parents nak bernikah sekarang. :P Yang dah bertunang tu pula terus ajak pasangan tu bernikah awal dari tarikh yang telah ditetapkan. Hihi. 

Insyaallah, nanti Sya share lagi gambar2 sekitar pertunangan dan perkahwinan lagi 2 orang ahli SSC yang single tu, Nadh dan Fiqa pula. ;)

Sebelum Sya end up entry Sya ni, Sya mohon doa kalian semua yang membaca entry Sya ini untuk sama2 mendoakan jodoh, kebahagian dan keharmonian rumahtangga kami dengan pasangan kami kekal di dunia serta akhirat.. Sya juga mendoakan kalian yang sudah berumahtangga agar rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Jodoh kekal berpanjangan di dunia dan akhirat tanpa gangguan orang ketiga.. Insyaallah.. Sama2 kita usaha sebaik mungkin untuk menjaga rumahtangga kita dan sentiasa doa minta pertolongan, bantuan, perlindungan serta pemeliharaan Allah S.W.T... 

Kepada yang sudah bertunang, Sya doakan agar anda dan pasangan anda cepat2 diijab kabulkan dan kekal berpanjangan hingga ke SyurgaNYA.. Yang belum ada apa2 ikatan tu, pesan dan nasihat ikhlas daripada Sya, jagalah pergaulan anda dengan mana2 lelaki especially lelaki yang korang tengah rapat sekarang (yang bukan muhrim). Insyaallah, kalau ada jodoh tak akan ke mana.. Yang paling penting jaga hukum2 Allah, insyaallah Allah akan jaga korang dan permudahkan segala urusan korang.. Assalammualaikum.








No comments:

Post a Comment