Nama saya Siti Aisyah binti Ab Razak. ALUMNI UiTM. =) Ada sesiapa ALUMNI UiTM dekat sini? Sya merupakan bekas pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Office Management and Technology) di UiTM Seri Iskandar, Perak dan juga bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM).
Dirisik, bertunang, dan bernikah ketika masih belajar. :)
Sya bernikah (berkahwin) pada 9 Februari 2013 ketika Sya di 2nd last semester (Degree). Alhamdulillah, walaupun Sya berkahwin ketika masih belajar, Sya dapat sesuaikan diri sebagai seorang isteri 'jarak jauh.' Hari ni dah 2 tahun lebih Sya menjadi isteri. :") Usia Sya sekarang adalah 25 tahun.
_________________________________________________________________________
A week before Sya dan husband Sya sah menjadi pasangan suami isteri, husband Sya dah cari rumah sewa yg lain (sebelum ni menyewa dgn kawan2 sekerja). So, hari ke 4 kami sebagai suami isteri, husband Sya dah bawa Sya balik ke rumah 'kami' di Segamat. Husband Sya dah kena masuk kerja semula minggu tu.
Sya tak pernah terfikir pun sebelum ni yg Sya akan menjadi warga Segamat walaupun hanya untuk beberapa bulan. Huhu.. Actually, husband Sya bekerja di Hospital Segamat sebagai Engineer. Sebab tu kami menyewa di sana. Ada satu sebab je Sya suka duduk Segamat. Sebab jarak rumah kami dengan GH hanyalah 5 minit sahaja! Setiap kali lunch hour husband Sya akan balik rumah untuk lunch dengan Sya. Hihi.
Ok, jom kita tengok dulu macam mana rumah sewa kami di Segamat. ;)
Rumah No 5
View From The Outside
Living Room
Keluasan yg tak berapa lebar, tapi panjang.
Master Bedroom
Master Bedroom's Toilet
Kitchen
View From The Inside
4th Room
Gambar2 ni antara gambar yg husband Sya mms time Sya tengah final exam utk 2nd last semester. Time husband Sya mms gambar2 ni, time tu Sya tengah buat revision. Excited juga husband Sya time tu sebab dia terus call Sya minta Sya tengok gambar2 yg dia mms tu. Hihi.
Only Allah S.W.T. knows what I felt when I saw all the pictures sent by him. Happy, excited, terharu, nervous etc. Over kan? Walhal rumah sewa je pun. :D Insyaallah, tak lama kami suami isteri akan move in ke rumah sebenar kami. Macam manalah pula perasaan Sya time tu kan. Hikhikhik.
Btw, just nice kan our rental house? Kami orang pertama yg menyewa rumah ni tau.. Memang rezeki betul lah! Dah lah murah, RM400 je sewa setiap bulan. Rumah baru pula tu. Inilah yg dikatakan rezeki lepas kahwin kot? ;) So, jangan takut atau risau ok soal rezeki kalau dah kahwin. Insyaallah, kalau niat kita betul, baik, dan kita tak lupakan DIA, DIA akan ingat kita. DIA akan permudahkan urusan rumahtangga kita serta akan murahkan lagi rezeki kita.
Rumah ni adalah rumah teres 1 tingkat yg baru dibuat. Kami kira 1st mover lah. Rumah ni ada 4 bilik dan 2 bilik air.
_________________________________________________________________________
~ 12 FEBRUARI 2013 - 31 DISEMBER 2014 ~
Lebih kurang 10 bulan lebih kami menjadi penduduk Segamat. Huhu.. Suatu pengalaman yg tak akan Sya lupakan sampai bila2.
Di sinilah kali pertama Sya bersilat (masak) dekat dapur. Hahahah! Sya TAK RETI MASAK dan Sya BUKANlah seorang yg SUKA MASAK. I'm serious okay. Family Sya memang dah kenal sangatlah tahap Sya tak suka masak tu macam mana. -_- But, I know once Sya dah jadi isteri, I have to learn how to cook from time to time and I have to start tanamkan rasa suka memasak. Huhu.. Mujur Sya dijodohkan dgn seorang suami yg tak cerewet! Suami Sya akan makan apa je yg Sya masak till now and insyaallah forever. Kehkehkeh. Tapi, sekarang Sya dah jadi "Masterchef"... (sambil dabik dada). Ceh! Berlagaklah pula!
Segamat is a small city and ramai penduduk berbangsa Cina serta India. Jiran sebelah rumah Sya sendiri adalah seorang nenek yg berbangsa Cina. :) Dekat area rumah sewa Sya dan suami ada surau, Tokong Cina, dan Kuil India. 1 Malaysia betul lah! Tokong Cina ni betul2 terletak di depan rumah kami. Kadang2 tengah2 pagi kami sampai terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi 'gong' dari arah tokong Cina. Memang ada malam2 tertentu yg menjadikan tokong Cina tu aktif. Kuil India tu pula terletak di hadapan sebelah kanan rumah kami. Setiap jam 7 malam, kami akan dengar bunyi loceng dari kuil tersebut. Not sure loceng tu dibunyikan sebab apa. Macam kita, bila dah masuk waktu solat, kita akan dengar laungan azan dari surau atau masjid. So, kalau loceng dari kuil? Not sure......
Di Segamat jugalah Sya menyambut puasa dan menunaikan solat sunat Tarawih sebagai isteri buat kali pertama. :") :") Disebabkan rumah kami berdekatan dgn surau, so kami hanya berjalan kaki setiap kali ke surau.
Kalau korang nak tahu, ada seekor anak anjing selalu datang rumah kami utk tumpang tidur. Huhu.. Yg peliknya, anjing tu suka sangat tidur dekat longkang kecil dalam rumah kami. Comel je. Nahhh tengoklah sendiri.
Batu yg diletakkan utk menghalang anak anjing tumpang tidur.
Terpaksa buat macam ni sebab sebagai umat Islam, anjing antara salah seekor binatang yg HARAM disentuh. Selain tu, kalau bulu anjing tu basah and terkena mana2 anggota badan kita (umat Islam) atau terkena barang2 kita, so kita kena sertu dgn menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan dgn air tanah 1 kali.
| SHOPPING MALL @ SEGAMAT |
Segamat tak ada shopping mall seperti AEON, TESCO, JAYA GROCER, COLD STORAGE, etc. Yg ada pasaraya GIANT, KIP MART, dan ONE SEGAMAT (ini apa yg Sya perasan dan ingatlah). Tapi, rasanya memang ni je. Huhu.. Tak sure lah kalau sekarang dah ada macam2 mall dan tempat2 baru di Segamat. Sebab kami pun dah tinggalkan Segamat hampir 2 tahun. Tiga2 shopping ni juga yg kami selalu pergi kalau nak beli barang2 dapur. Cuma, GIANT Segamat ni kurang meriah sikit. Tak macam GIANT2 yg Sya pernah pergi especially GIANT Senawang. Ok, bawah ni antara gambar yg Sya ambil utk kenang-kenangan dan yg still Sya simpan.
Tutti Frutti
One Segamat
2 November 2013
Tutti Frutti
One Segamat
2 November 2013
Time ni kami jalan2 di One Segamat dan kami ternampak kedai Tutti Frutti yg baru dibuka di sini. Inilah kali pertama kami try makan Tutti Frutti. Sweet tak??? >< Sedangkan Tutti Frutti ni dah lama beroperasi (selain dari Segamat). Even dekat Melaka dan Senawang pun ada. Boleh pula Tutti Frutti Segamat yg kami suami isteri cuba. Hahaha.. Kalau nak cerita satu persatu "kenangan" kami sebagai suami isteri sepanjang kami menyewa di Segamat, memang terlalu banyak. Yg paling best sebab banyak benda yg kami buat bersama utk kali pertama. Huhu..
GIANT, Segamat
17 November 2013
| FAST FOOD RESTAURANTS @ SEGAMAT |
| KEDAI SOTO KG. JAWA @ SEGAMAT |
Ok, ini Sya nak share pasal bihun soto yg PALING SEDAP dan BEST pernah Sya makan! Seriously! Actually, dekat sini bukan jual soto je. Tapi, ada juga lontong, mee kari, nasi lemak, roti canai, dan kuih-muih yg semuanya berasa! Sedap!
Biasanya setiap kali datang makan dekat sini, menu tetap kami adalah bihun soto dgn begedil. Lepas tu order air panas masing2. My favourite hot drink is MILO. Hubs Sya pula sometimes order Hot MILO and sometime order other than MILO. So far, hot drinks dekat sini just nice. Tak terlalu cair atau pekat dan tak terlalu manis atau tawar.
Bihun soto sini best sebab kuah ia yg pekat melekat tu ditambah dgn sambal kicap hitam yg pedas! Ya Allah, seriously meleleh air liur rasa! Bahahahah!
Kami akan datang ke sini time weekend je sebab weekdays hubs Sya kerja dan Sya pun tak selalu ada di Segamat sebab still belajar di Melaka. Tapi, time Sya cuti sem and weekdays tu hubs Sya selalu juga tapaukan bihun soto Kg. Jawa ni utk Sya. Hihi.
Ni full address utk Warong Soto Wageh Kampong Jawa :
Soto Wageh (Jalan Medoi, Kampong Jawa), 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
Kot2 lah nanti korang datang atau singgah Segamat dan nak cuba bihun soto sini. =)
Oh, ada satu lagi tempat makan yg best dekat Segamat. Restoran Cina Muslim, Bandar Putra. Ini je gambar makanan di Restoran Cina Muslim yg still ada dalam simpanan Sya. Huhu.. Nama makanan ni pun Sya dah tak ingat. T_T Yg pasti Kuey Teow lah.. Hubs Sya pun akan order Kuey Teow, tapi bukan yg macam ni and he loves to order Lai Chi Kang yg ada kurma Cina dalam tu. Restoran ni dekat je dgn rumah sewa kami. Dalam 5 minit dah boleh sampai.
Hari berganti hari.. Tibalah masa utk kami berpindah...... Sob sob sob. T_T T_T
Hubs Sya dapat offer as an Executive Engineer di Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Sebelum tu, hubs Sya ada apply utk di transfer ke HQ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tapi, lambat sangat result nya sampailah MAHB offer job ni and we decided utk accept offer MAHB ni..
Ini gambar2 sekitar hari terakhir kami di Taman Bandar Putra, Segamat.. Kami dibantu oleh ibu dan ayah Sya utk proses pemindahan.
Banyak barang2 hadiah yg kami dapat time kahwin je.
Huhu..
Rajin!
Our Master Bedroom!
Besar! Sangat puas hati!
Kitchen.
Refrigerator tu ayah dgn mama yg belikan.
Malu I tau even I dah refuse tak nak. -_-
Apa pun, thank you bought a refrigerator for us!
SAMSUNG tu..
Semua hadiah kahwin dan barang2 kami akan simpan di bilik belakang.
Dah macam stor lah pula bilik ni.
Cantik sangat nak jadikan stor, but we have to.
Clear already!!!
Untung penyewa selepas kami sebab kami dah clear kan rumah siap sapu lagi tau..
Penyewa selepas kami sepasang suami isteri juga.
Si isteri kerja di Hospital Segamat. Suami dia Sya tak tahu.
MyVi VS MyVi
Jom ambil gambar kenangan satu depan rumah buat kali terakhir! Huhu..
Thanks ayah sebab tolong snap kan gambar kita orang!
Nampak tak lori tu? Itulah lori sewa kami utk mengangkut barang2 kami ke Senawang,
rumah mertua Sya.
Sementara belum jumpa mana2 lagi rumah sewa, kami stay dulu di rumah parents hubs Sya. Lebih kurang 5 bulan macam tu kami menumpang di rumah parents. Terima kasih ayah mama sebab bagi kami tumpang sekejap di rumah! Muahciked lah!
Ok, sebelum Sya end up entry Sya kali ni.. Sya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung semasa Sya dan suami pindah. Sya juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka yg banyak membantu kami suami isteri sepanjang kami di Segamat. Semoga Allah S.W.T. sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kalian! Juga semoga rezeki kalian bertambah murah, lapang, dan luas! Amin......
By the way, kalau sudi jemputlah add Sya di FB korang dan follow IG Sya, @isterihasriakhmal & @yeoja_beautyhouse
See you guys in my next entry! Thank you for your time reading this! ;)
Aisyah
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Owner of Yeoja_beautyhouse (yaeppenyeoja@gmail.com)
013-476 5930 / aisyahrazak90@gmail.com
Good info for soto place..tq for sharing..
ReplyDeleteWelcome :)
Delete