Pages

Thursday, 12 March 2015

7th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta!!!




Yeay!!! Akhirnya kami suami isteri dapat juga tiket untuk ke "Hot Air Ballon" kali  ni! Alhamdulillah.. ;)


Eh. Lupa pula nak bagi salam.. Excited punya pasal sebab dapat tiket, lupa terus.. Huhu.. Assalammualikum semua! Heee...


Punyalah Sya suka pasal "Hot Air Ballon" ni.. Sampai siap beli lagi luggage yang ada gambar "Hot Air Ballon" time bercuti di Langkawi tau.. Hihi.




Ok2, Sya bukan nak cerita pasal luggage "Hot Air Ballon" yang Sya beli dekat Langkawi ni.. Tapi, Sya nak kongsi cerita dengan korang kenapa Sya macam 'fanatik' sangat kalau something yang melibatkan "Hot Air Ballon!" ;)


19 March 2011

Where Everything Begins......


Aicecece..


Kalau korang nak tahu.. Tarikh ni lah kali pertama Sya 'meeting' dengan suami Sya di Festa Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang ke-5! So, sekarang ni korang dah tahukan kenapa Sya 'fobia' sangat bila something yang melibatkan "Hot Air Ballon" ni? :P


Kami 'meeting' tau bukan 'dating.' Hikhikhik. Ye lah, kalau dating mesti berdua right? Tapi, time kami berjumpa tu.. Kami ditemani kak ngah Sya, adik perempuan Sya, anak2 kak ngah Sya, dan juga maid kak ngah Sya. So, bukan dating lah kan? :p


Tapi, time ni kami tak ada rezeki nak naik belon tu.. Tiket dah sold out! Seriously dissapointed gila time tu especially Sya dan adik perempuan Sya! Uhuhuhu.. 


Bila fikir balik, apa salahnya kan kalau time tu si 'jejaka handsome' beratur awal2 pagi belikan tiket untuk Sya dan yang lain2? Kata nak 'tackle' Sya kannn... So, kenalah 'tackle' family Sya dulu.. Muahahahah!

**jejaka handsome : suami Sya. Bukan Sya yang cakap dia handsome tau.. Dia sendiri yang selalu masuk bakul angkat sendiri. :P


Disebabkan time ni Sya tak dapat naik belon udara panas ni.. So, Sya 'balas dendam' untuk festa belon udara panas yang seterusnya.. Hihi. 


29 March 2014

Time ni Sya dah halal menjadi dan bergelar seorang isteri solehah, baik, dan 'cute' buat suami Sya.. xD


Again. Tak ada rezeki kami untuk naik "Hot Air Ballon" ni.. Walaupun kami datang awal pagi, tapi tiket dah habis dijual.. Sob3. Yang paling sedih tu, kami dah beratur panjang kot untuk beli tiket.. Tup2 dapat tahu tiket dah sold out! 


12 March 2015

Kami tak berputus asa.. Kami tetap mencuba nasib untuk "Hot Air Ballon" tahun ni! Alhamdulillah, suami Sya sempat buat online purchased untuk tiket "Hot Air Ballon" ni. Harga tiket untuk seorang adalah RM12 dan ia limited untuk 300 orang terawal sahaja..


Kami kunci jam seawal 430 pagi tau.. Nampak tak how excited we are! Hahaha.. Tapi, last2 bangun pukul 500 pagi.. -_- -_-


Alhamdulillah, sempat Tahajjud.. :") Dah panaskan nasi goreng kampung yang beli malam tadi, dah breakfast, dan solat Subuh.. Kami pun terus bergerak pukul 630 pagi ke Putrajaya.. Kami kena collect tiket sebelum pukul 730 pagi. Alhamdulillah, kami sampai di Putrajaya pukul 710 pagi macam tu.. 


Sampai2 je, kami terus ke 'Red Zone' for collecting our tickets! And guess what?????? Tickets sold out for the 3rd time!!!!!! Rupa2 nya tiket yang suami Sya beli through online tu adalah tiket untuk kami access ke tempat belon2 udara panas secara dekat.. It's oklah! Yang paling penting dapat mengenang kembali saat2 pertama kali kami berjumpa! Ahaks.


Jom layan gambar2 di sekitar "Hot Air Ballon" yang ke-7 di Putrajaya~~~


Sekitar jam 730 pagi
Tiket kami hanyalah untuk kami access ke sini! -_- -_-

Balloonist tengah bagi belon2 mereka besar, besar, dan besar! 

Hampir menjadi!

Hampir hampir hampir menjadi! xD

Yeay! Dah jadi~~~
We are here! 
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta~




With Humpty Dumpty!

Humpty Dumpty with my husband~

Muka orang pun ada! Scaryyyyyy.. 
Ahahahah.


Balloonist from Thaniland
What an 'Amazing Thailand!'

Oh, I'm melting when I see u, Humpty Dumpty!
You are so so so cute!!!

Thumbs up? Not good lah for this balloon. -_-
Hahahah..

Korea? Korea? Korea?

Ok, no wonder my husband was so excited with this balloon.
Ada bendera Korea, tempat di mana dia belajar selama 6 tahun!

So many balloons behind us!
Love all of them damn much!


Tengok tu.. Tengok tu.. Tengok tu..
Dia dah terbanglah!

Mata Sya tidak sesepet itu! 
Abaikan kesepetan dan kekecikan mata Sya!
Dah start ada matahari time ni..



Festa ni bermula hari ini (12 Mac 2014) sehingga 15 Mac 2014 (Ahad) ini sahaja.. Kalau korang yang tak kerja esok tu, bolehlah datang ke Putrajaya ni. Best pergi time weekdays sebab ramai yang kerja. So, tak adalah ramai orang sangat.. Parking pun senang nak masuk and keluar.. 


Macam kami, kami pergi hari ni sebab suami Sya ambil cuti.. Sya pula everyday cuti! Ahahahah. Itu yang best kalau jadi "Working-At-Home-Wife!" I have time freedom! I can go everywhere I want and I can do whatever I want tanpa perlu minta permission boss atau tanpa perlu apply cuti! Berminat nak tahu Sya kerja apa dan berminat nak jadi macam Sya? Contact Sya untuk Sya kongsikannya bersama korang! ;)


Yang kena bekerja esok, tak apa. Sabtu dan Ahad korang boleh pergi.. Yang dah ada anak2 pun, kalau tak tahu nak buat apa weekend ni, korang boleh bawa anak2 korang datang Putrajaya ni tengok "Hot Air Balloon." Selain tu, ada maaaaaacam2 aktiviti lagi yang sesuai dengan usia anak2. 


Good night! 






















No comments:

Post a Comment