Pages

Sunday, 4 January 2015

Unplanned Holiday: Cameron Highlands~~~

Hi, Assalammualaikum! ;)




Pagi Isnin baru2 ni, saya dan my family-in-law (Ayah, Mama, & Bela) pergi Cameron Highlands. It was an unplanned holiday! Hahahah..

Why I said it was an unplanned holiday? Sebab......

Ahad malam hari tu, my family-in-law datang dan tidur di rumah saya serta suami. Mereka datang sebab my parents-in-law cuti sampai awal bulan 1, itu yang mereka datang ziarah. Tiba2 pagi Isnin tu, mama ajak ayah pergi Cameron Highlands. Ayah pun setuju. Saya dan adik ipar? Lagilah double triple setuju! Wahahaha. :P Lagi pun lately ni saya rindu nak pergi tempat2 sejuk macam time pergi Korea dulu... Huhu..

Actually, saya terkejut dan macam tak percaya betul ke my parents-in-law nak pergi Cameron Highlands ni??? Ye lah, sebab my husband tak cuti. My husband kerja, so takkan lah saya nak pergi tanpa suami saya pulakan. Dah lah suami saya tak ada kunci rumah (belum duplicate). Tapi, mama cakap kita balik hari. Pergi pagi dan balik petang. Okay, kami semua pun bersiaplah cepat2 pagi tu... 

Kami bertolak dari Sepang around 9:10 pagi dan sampai di Cameron Highlands around 12:45 tengah hari macam tu. Sepanjang perjalanan, memang hujan je. So, memang sejuk giler lah! Risau juga tak dapat naik Cameron Highlands sebab banjir dan tanah runtuh, tapi alhamdulillah kami dapat juga pergi ke sana selepas adik ipar saya call dan confirm kan dengan pegawai polis di sana. :)

But, a day after we all balik dari Cameron Highlands, ada tanah runtuh berlaku di situ. Alhamdulillah, kami semua selamat dan terlepas dari tanah runtuh tu. :')

Ok, 1st place yang kami pergi adalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang




Mira Nabela (Sister-In-Law)




Ayah & Mama




Fresh Strawberries With Cream~


Strawberry sini masam! Nasib baik ada krim tu. Manislah juga..




Baju ni buat saya nampak gemuk?! Huhu..
Baju yang besar ke atau saya yang besar???
Hmm








2nd place, kami pergi ke BOH Tea Centre Sungei Palas. Subhannallah! View yang sangat cantik, sejuk, dan nyaman! 






Nasi Lemak ni harga ia RM4.10
Nasi lemak biasa je pun.










Masa ni kilang pemprosesan teh Boh tutup. Tapi, bolehlah masuk ke dalam kilang dia kalau nak tengok2 layout dan mesin2 untuk proses teh. 




Before tinggalkan BOH plantations ni, ambil gambar dgn ladang teh dulu...
Time ni hujan renyai2. Sejuk!




Our 3rd place was pasar dekat pekan Brinchang tu. Seriously sejuk giler dekat sini sampai keluar asap dari mulut! Ada 1 moment saya dengan adik ipar saya kelakar giler sebab kita orang jakun giler bila nampak asap keluar dari mulut. Siap rekod video tu! Bahahaha.. Pada hal time pergi Korea dulu, bercakap je keluar asap. Bercakap je keluar asap. Huhu.. Erm, saya nak upload video tu dekat sini, tapi tak boleh upload. Asyik failed je. Tak tahu kenapa?

Ok, dekat sini yang kami banyak beli barang. Antaranya:

My aprons and my sleeping 'selipar.' ;)
1 apron = RM12.90
Saya beli 2 dapatlah RM10 setiap satu.
Selipar = RM17.90 dapat kurang RM15


For my mini garden~
1 pokok cactus = RM2
6 pokok cactus = RM10


Setiap sayur hanya RM1 sahaja!
8 = RM10 dan dapat percuma lagi 2 sayur!


1 longgok jagung (10 batang) = RM10
2 longgok jagung = RM15
Murah ke murah?


Strawberry yang masam! Huhu..


Our last place was Cameron Valley Tea yang terletak di Cameron Bharat Plantations. Kami minum teh sekali lagi di sini. Saya order chocolate tea (share with my sister-in-law) and mama ayah minum Cardamom Tea.




At Cameron Bharat Plantations~~~


Pergi tak dirancang, so ini sahajalah antara tempat2 yang dapat saya kongsikan dengan anda semua... Insyaallah, next time kalau pergi lagi, saya share baaaaaanyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highlands ye! ;) 

Oh, nak tahu tak.. sepanjang perjalanan turun bawah saya memang pening giler! Rasa nak muntah! Seriously! Pada hal before ni pernah je pergi Cameron Highlands for few times, tapi seingat saya, saya memang tak pernah muntah. Paling tak pun, saya akan senyap, pejam mata, dan tidur. Tapi, hari tu memang seriously saya tak boleh tahan sangat dah sampai ayah mertua saya terpaksa berhentikan kereta di bahu jalan untuk saya muntah. Huhu.. 

Apa pun, Cameron Highlands is one of the place yang you all have to go. Seriously! Memang tenang sangat bila berada di Cameron Highlands! Those yang always stress tu, Cameron Highlands is the best place for you to go. Yang baru kahwin dan nak 'honeymoon' dekat sini pun, memang sangat digalakkan. Kalau anda plan nak berbulan-madu di dalam negaralah. =)






































No comments:

Post a Comment