Pages

Wednesday, 2 July 2014

"Coklat HIG, WIRA LANGKAWI, & EASTERN NATIVE"

Bismillahirrahmannirrahim
"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Hi, assalammualaikum & salam sejahtera semua! 

'Bertemu' lagi kita! Tapi, kali ni kita 'bertemu' dalam bulan Ramadhan iaitu pada puasa yang ke-5! ;) Sekejap je kan rasa? Ye lah, sekarang dah pun masuk hari ke-5 kita semua yang beragama Islam berpuasa. Syukur alhamdulillah kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi!

Ok, tak naklah 'berceloteh' panjang2 ni. Kan tengah puasa. hihi. Jom kita terus masuk ke topik kita kali ni. Sebenarnya, saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan perbezaan harga coklat-coklat di sekitar Pulau Langkawi. 

19 - 22 Jun hari tu, saya dan suami beserta keluarga suami bercuti di Pulau Langkawi. Seperti biasalah, kalau datang ke Langkawi ni tak sah kalau tak singgah di Kompleks Haji Ismail Group Sdn. Bhd. (HIG) untuk membeli coklat. Boleh tahan banyak juga yang saya 'shopping' di situ. =p


Hasil pembelian coklat dari 3 tempat 
HIG; WIRA LANGKAWI; dan EASTERN NATIVE

Antara coklat-coklat kegemaran saya dan En. S! 

Comel tak 'luggage2' tu? hihi. Yang warna ungu tu saya dan suami punya. 
Yang warna hijau tu 'luggage' yang dipesan oleh adik bongsu perempuan saya.
Sibuk je! =P

Ini pula antara coklat MILKA yang dipesan oleh along saya. 
Banyak tak? hihi. 

Along saya cakap harga coklat MILKA yang 400g kalau selain dari Langkawi, RM24 tau. Tapi, percaya tak saya beli MILKA yang 400g ni dekat Langkawi baru RM9. Murahkan? Kalau tak, tak adalah along saya minta saya borong MILKA ni untuk dia! Ahaha. xD Dahlah murah, sedap pula tu. Berbaloi-baloilah. Saya jamin! hihi.

Dekat bawah ni pula, antara 3 coklat yang saya perasan harganya di 3 tempat yang berlainan, tapi masih di sekitar Pulau Langkawi lah. Anda boleh tengok dan buat perbandingan ye. =)



HIG = RM14.90
EASTERN NATIVE = RM12.90
WIRA LANGKAWI = RM13.30



HIG = RM10.50
EASTERN NATIVE = RM8.90 
WIRA LANGKAWI = RM9.90



HIG = RM3.90
EASTERN NATIVE = RM4.50
WIRA LANGKAWI = RM4.50


Itulah antara coklat yang sempat saya ingat harganya dan sempat saya tulis (sebab tak mu kasi lupa). hihi. Bagi anda yang belum pernah pergi Langkawi tu, nanti kalau anda pergi, anda jangan lupa ke tempat-tempat ni untuk beli coklat FERRERO ROCHER dan KAGI di Eastern Native serta TOBLERONE di HIG. Tapi, kalau anda jenis yang tak suka leceh-leceh ni dan suka pergi ke Kompleks HIG, anda bolehlah beli coklat-coklat kegemaran anda di situ je... Lagi pun, dekat HIG ni pun macam-macam ada! Saya pun suka. hihi. Ok, sekian dulu entry saya untuk hari ini. Jumpa lagi......

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka semua~






















2 comments:

  1. Cokelat cokelat..dapnye..pose2 ..hehe ..salam jumaat geng ..selamat ke dunia blogger :) ..hihi

    http://alynnazfiz.blogspot.com/2014/05/majlis-perkahwinan-siti-aisyah-dan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. mmg sodap pun. Ahaha. xD

      Tujuan asal entry kali ni just nak share pasal harga2 coklat sekitar Pulan Langkawi jeeee.. tiada niat utk menarik atau mengajak org utk membatalkan puasa. hihi.

      Linda. Kita dah follow awak balik. :) Apa pun, terima kasih di atas penulisan entry awak pasal walimah kita. ;)

      Delete