Pages

Friday, 25 January 2013

Mix Feeling Comings! Huh!

Assalamualaikum w.b.t. worldddd...

Hmm, rasa mcm da lama je xupdate blog nieh.  huhu.. tiba2 rasa nak post pasal mcm mana saat2 pertama kali aku jumpa dgn si dia yg hanya tinggal kira2 14 hari lg akan menjadi suami aku tu.  huu.. mcm xpercaya je yg aku akan bernikah, berkahwin, dan jadi isteri org.  Tp, itu la hakikatnya yg aku mmg akan jadi isteri kpd si 'dia' jugak nanti. :)

*Mcm2 perasaan yg dtg*

Tiba2 bila ingatkan balik pasal wedding aku tu, mcm2 pulak yg aku rasa.  Takut? Risau? Happy? Xsabar? Sedih? Semua tu bercampur menjadi satu.  Sometimes aku akan rasa takut & risau.  Boleh ke aku nieh jadi seorg isteri yg taat akan suami seperti mana taatnya Saidatina Aisyah r.a kpd Baginda S.A.W.???  Boleh ke aku menjalankan tugas2 dan tanggungjwb aku sebagai seorg isteri solehah kpd bakal suami aku tu nanti?  Boleh ke aku jadi seorg anak menantu dan kakak ipar yg baik kpd keluarga bakal suami aku?  Mampu ke aku utk memasak hari2 sama ada di rumah yg bakal aku & dia duduk bersama nanti dan di rumah future parents-in-law aku setiap kali aku balik ke sana nanti? hmm..

Happy? Xsabar? Tipu la kalau aku ckp aku xhappy dgn 'perkahwinan' aku nieh, lg2 dgn lelaki yg aku syg dan cinta.  Aku percaya semua wanita di dunia nieh pun akan happy kalau mereka akan berkahwin dgn pasangan yg mereka cintai.  Selama nieh kita hanya lihat dan pandang 'lelaki' kita tu je setiap kali kita berjumpa dgn diaorg.  Ye la, nak pegang tgn xboleh lg sbb belum halal.  Berpelukan lg la double triple xboleh.  >.<   So, dgn bernikah je kita dpt buat semua tu.  huhu.. Bkn tu je, kita dpt kejut dia pg2 subuh, masak utk dia, iron baju2 dia, tgk tv sama2 dgn dia, & senang cerita semua aktiviti kita, kita boleh buat dgn dia.  Tp, the most important thing is dia dpt menjadi IMAM kita utk kelima2 waktu solat fardhu + dpt guide kita ke arah kebaikan yg boleh mendekatkan lg diri kita dgn 'Al-Khaliq' {pencipta kita, Allah S.W.T.}.  Betul x wanita? {say 'yes' if u are women} ;)

Sedih?? hmm.. mmg sometimes aku akan :'( jugak setiap kali aku fikirkan yg aku akan menjadi hak si 'dia' nanti, bkn hak kedua ibubapa dan family aku lg walaupun pd hakikatnya aku masih anak kpd ibu & ayah aku, adik & kakak kpd along, kak ngah, kak tiera, abg boy, abg amir, ma, angdin, & adik.  Tp, status aku akan berubah apabila si 'dia' bersalaman dgn tok imam & melafazkan akad.  [maybe my tears will fall when I hear the 'lafaz' by my husband].  

Apa pun, aku tahu yg aku xboleh terus2an melayan perasaan2 aku nieh.  Dan aku percaya kalau aku terlalu melayan semua perasaan aku nieh, maybe aku akan mintak 'dia' dan ahli keluarganya utk menangguhkan perkahwinan kami nieh dulu until I really prepare for this marriage.  But, it will not happen.  No.  Will not.  InsyaAllah.  Tiba2 aku teringat apa yg Hilal Asyraf tulis dlm buku dia yg bertajuk 'SEBELUM AKU BERNIKAH' bab 23 (Mengetuk Gerbang Perkahwinan).  Hilal ada ckp yg kita xakan bersedia sampai bila2 kalau ada org tanya sama ada kita nieh da betul2 bersedia utk berkahwin atau pun belum.  Tp, utk menjadikan kita dan pasangan kita nieh bersedia, kita haruslah sama2 berusaha ke arah menyediakan dan mempersiapkan diri kita ke arah pernikahan dan alam rumahtangga.  Ya.  Satu benda yg aku pasti yg aku tgh dan sudah berusaha bg mempersiapkan diri aku ke arah pernikahan ini semata2 utk mendpt keredhaan-Nya serta memenuhi fitrah aku sebagai seorg manusia dan hamba-Nya. :)))

Firman Allah S.W.T.  dlm Surah Muhammad ayat 7:

"Sekiranya kamu membantu urusan Allah, Dia (Allah) akan membantu kamu dan
  memperkuatkan kaki2 kamu."

Oleh itu, aku yakin yg Allah sentiasa bersama2 aku dlm apa urusan sekali pun apabila aku bersungguh2 utk membina sebuah keluarga yg diredhai-Nya.  InsyaAllah.. :)

Allah S.W.T. juga berfiraman:

"Dan berkatalah Tuhan kamu, berdoa kepada Aku, nescaya Aku perkenankan (permintaan) kamu!"

 {Surah Ghaafir: 60}

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kpd (Allah) Tuhan yg menciptakan sekalian makhluk.  Drp bencana makhluk2 yg Dia ciptakan.  Dan drp bahaya gelap apabila ia masuk.  Dan drp kejahatan makhluk2 yg menghembus-hembus pd simpulan2 (dan ikatan2). Dan drp kejahatan org yg dengki apabila ia melakukan perbuatan dengki."

{Surah Al-Falaq: 1-4}

"Katakanlah (wahai Muhammad), aku berlindung kpd (Allah) pemuliharaan sekalian manusia.  Yg menguasai sekalian manusia.  Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia.  Drp kejahatan pembisik penghasut yg timbul tenggelam.  Yg melemparkan bisikan dan hasutannya dlm hati manusia.  (Iaitu pembisik dan penghasut) dlm kalangan jin dan manusia."

{Surah An-Nas: 1-5}

Justeru, aku memohon perlindungan Allah S.W.T. drp hasad dengki jugak gangguan syaitan dlm kalangan jin dan manusia yg menewaskan aku.  Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan aku, tunangku, dan kedua2 keluarga kami terutamanya urusan mengetuk gerbang perkahwinan bg memasuki 'rumah' yg bernama rumahtangga.  Amin, InsyaAllah. :)














3 comments:

  1. Replies
    1. Hihi. Kenapa pula nak takut Aisya? Kahwin tu kan sunnah? ;) eh. Baru perasan. Nama kita sama. Just saya ada 'h' dkt hujung Aisya tu. :)

      Delete