Pages

Tuesday, 12 February 2019

Candle Light Dinner @ Pulse Grande Hotel, Putrajaya


Candle Light Dinner @ Pulse Grande Hotel, Putrajaya
February 9th, 2019


Inilah pertama kali Sya merasa "Candle Light Dinner." Selama ni just tengok dalam Drama di TV je kan. Tapi, tak sangka pula sekarang ni Sya sendiri yang melalui dan merasainya. Huhu..

Memang tak pernah terbayang pun akan ada "Candle Light Dinner" untuk diri sendiri. Ye lah, mungkin Sya sendiri tak adalah meminati lelaki yang Romantik sangat pun sampai buatkan "Candle Light Dinner" bagai ni. Bagi Sya, memadailah lelaki tersebut ingat tarikh-tarikh penting di dalam sesebuah perhubungan dan pandai menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, situasi, majlis atau moment :)

Tapiiiii tipulah kalau Sya cakap Sya tak sukakan bila dapat surprise "Candle Light Dinner" macam ni kan?! Perempuan kan.. Hahahahahah.. Lagi-lagi daripada Suami sendiri 😊

Ok, ceritanya macam ni sebenarnya..
Baru-baru ni, 9 Februari merupakan Wedding Anniversary Sya dan Suami Sya yang ke-6 Tahun. Sejak kami Suami Isteri dapat Percutian Percuma ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia daripada Perodua pada Tahun 2017 kami dah jadi macam "gian" tau untuk bercuti ke luar negara lagi. Tapi, rasanya Sya lah yang over gian berbanding Suami Sya πŸ˜…

So, sejak dari tu Sya pun suarakan dekat Suami Sya pasal "gian" Sya untuk ke luar negara ni. Huhu.. Sebelum tu pun Sya dah pernah ke South Korea dan Perth, Western Australia. Korea ni pergi sebab Honeymoon. Perth pula sebab Annual Trip The Walking Beauty (TWB).

Sya cakap dekat Suami Sya, kalau boleh lepas ni Sya nak sambut Wedding Anniversary kami di luar negara setiap tahun. Ini IMPIAN dan TARGET Sya. Tapi, Sya tahu untuk kami bercuti di luar negara kami memerlukan duit yang banyak. Dan sebagai seorang Isteri yang memahami, baik lagi Solehah 😜 Sya tak naklah sampai membebankan Suami Sya di luar kemampuan dia. 

And yes, I know. Sure ramai yang beranggapan Gaji seorang Jurutera (Engineer) tu banyak, tinggi. Perhaps? Tapi, hakikatnya hanya kami berdua sahaja yang tahu Financial atau Ekonomi rumahtangga kami macam mana dengan Kos Sara Hidup (Living Cost) yang sangat tinggi sekarang ni. At the same time perlu fikir dan ambil kira untuk future macam mana. Anak, emergency, savings etc. 

Jadi, kalau nak harapkan pendapatan Suami Sya 100% untuk memenuhi kehendak (wants) memang tak dapatlah. Itu pun Sya dah rasa bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya Suami Sya masih menjalankan Amanah dan melaksanakan Tanggungjawab dia sebagai seorang Suami mengikut kemampuannya. 

Mujurlah Sya buat Business Shaklee dan Home SPA and Mobile SPA. Dua Business ni kan serious memang sangat membantu dan menolong Sya untuk mencapai satu persatu Impian Sya walaupun Sya hanya seorang Suri Rumah (Housewife) dan bekerja dari rumah sahaja.

Cumanya untuk Wedding Anniversary kami,
kami dah berbincang dan sepakat untuk bergilir-gilir sponsor percutian ke luar negara setiap tahun. Macam Gili Trawangan sebelum ni, kami masing-masing bawa duit belanja sendiri memandangkan Flight Ticket (Return) dan Resort yang kami menginap sepanjang di sana ditaja sepenuhnya oleh Perodua. Macam Sya tak banyak sangat pun bawa duit belanja. Ada lah dalam RM500 macam tu.

Dan Alhamdulillah Tahun 2017 tu Allah kurniakan Sya rezeki yang melimpah ruah, lapang dan luas. November 2017 Sya ke Maldives pula untuk Annual Trip TWB tahun tu. Suami Sya tak ikut sama lah sebab ini Trip khas untuk semua Alumni TWB yang juga merupakan Wanita. And again Alhamdulillah setiap Trip TWB ni, Sya menggunakan 100% duit Sya sendiri tanpa meminta daripada Suami Sya :)

Ok, disebabkan dah terlalu gian asyik nak bercuti ke luar negara je kan hahahahaha makanya Sya terus pasang niat dan plan untuk belanja Suami Sya Celebrate Wedding Anniversary kami di Universal Studio Singapore (USS) Februari tahun depan tu (2018). And yeah! I made it! ;) Segala expenses seperti Hotel, Trasnportation to USS, Entrance Ticket to USS fully sponsored by me tau. Hehe.

So, supposedly this year my Husband punya turn pula lah kan untuk sponsor? But, it's ok ;) Tahun ni my Husband out of budget sikit sebab banyak duit nak guna untuk rapair rumah kami (buat Tembok, Cat etc). Haaaaa sebab itulah wujudnya "Candle Light Dinner" ni! Sebagai pengganti sebab tak dapat ke luar negara tahun ni lah. Sob2.

Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Ok, jujurnya Sya tak tahu pun yang Suami Sya dah plan untuk kami Celebrate Wedding Anniversary kami di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni. Entah bila dia book pun Sya tak tahu lah. Huhu.. Yang pasti masa hari kejadian (Sabtu, 9 Februari 2019) Suami Sya minta untuk Sya bersiap sekali packing pakaian. 

Mulanya Sya tak percaya juga. Ingat dia gurau-gurau je. Tapi, bila Suami Sya dah bawa naik Luggage kami ke bilik dan bersungguh-sungguh minta Sya pack, so betul lah tu agaknya. Hahahahaha nampak tak masih ragu-ragu di situ? 😝

Puaslah Sya meneka ke mana destinasi yang nak dituju. Suami Sya memang tak beritahu langsung yang kami akan ke Putrajaya dan Check-In di Pulse Grande Hotel ni. Dia biarkan je Sya terus meneka sampailah kami dah selamat tiba di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni 😌

Sebelum tu sebenarnya kami ke arah Nilai dulu. So, Sya ingat nak Check-In di Nilai Springs Golf and Country Club lah kan. Rupanya nak Drive Thru KFC je. Kahkahkahkahkah. Lepas tu ingat nak masuk Highway Plus lah kan. Tapi, tak juga πŸ˜‚ Suami Sya pusing balik ke arah jalan rumah kami. Cuma tak masuk simpang untuk ke Bandar Enstek je. Huhu.. 

Kami menuju ke arah Jenderam dan Putrajaya. Sya masih cuba berusaha meneka destinasi yang akan dituju πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻 Putrajaya lah Cyberjaya lah Kuala Lumpur (KL) lah Genting Highlands lah Cameron Highlands lah. Tapi, masih tak dapat jawapannya. 

Dan akhirnya kereta Honda Sya yang dipandu oleh Suami Sya lebih menuju ke arah Putrajaya. Maka terjawab terus teka-teki Sya untuk destinasi atau tempat Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami pada tahun ini di mana~ Huhu.. Tak sangka pula Sya ada Hotel lain selain Pullman dan The Everly di Putrajaya ni. Pulse Grande Hotel ni pun sebenarnya dulu adalah Shangri-La Hotel rupanya.

Kami sampai di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni lebih kurang pukul 16:00 PM ++ macam tu. Sampai je kami terus Parking kereta dan naik Buggy untuk ke Lobby Hotel bagi urusan Registration dan Check-In. 

Ok. I was really surprised and touched when I saw A Couple of Swan with Red Rose Petals and Balloons on white clean bed in Hotel room! Ya Allah! Siap ada Anniversary's Cake and Fruits lagi!

Speechless :")

Anniversary's Cake and Fruits

Our "Bathroom" ;)

Our Room 402 :)

Again, Suami Sya tak beritahu Sya aktiviti atau Tentative kami yang seterusnya apa ia. Rupa-rupanya malam tu kami ada "Candle Light Dinner" 🍽️ Huhu.. Mujur Sya bawa baju yang bersesuaian untuk kami Suami Isteri malam tu. And no wonder lah Suami Sya just beli 1 Set Dinner Plate KFC je petang tu.

Cuma lokasi "Candle Light Dinner" je tak tahu malam tu. Sebab lepas bersiap, kami naik Buggy pergi ke kereta. So, Sya ingat "Candle Light Dinner" kami tu di luarlah kan. Rupanya kami ke kereta hanya untuk menukar kasut dan naik semula Buggy menuju ke Hotel πŸ˜‚

Macam ni rupanya "Candle Light Dinner" ek. Huhu.. Sampai-sampai je di Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya kami disambut khas oleh Staff Hotel yang membawa kami terus ke Meja dan Kerusi Makan yang ditempah khas untuk kami makan malam berdua di situ. Juga ditarikkan Kerusi untuk kami duduk. Huhu.. Best nya! Rasa malam tu malam kami yang punya. Special sangat rasa! πŸ’–

Candle Light Dinner @ Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Our Romantic 5 Course

Untuk Menu "Binding of Love" dan "Stronghold of Love" boleh pilih antara satu sahaja. So, Sya pilih Binding of Love (Fish) manakala Suami Sya pilih Stronghold of Love (Beef).

Our First Menu :)
Lembut dan gebu betul Bun ni!

Sooths of Heart :-
Cream of Mushroom Soup Served with Garlic Bread

Binding of Love :-
Sea Bass Crispy Cannolo with Melon and Momataro Salad

Stronghold of Love :-
Traditional Beef Wellington Mushroom Confit And Noisette Potato

Sweet Ending :-
Warm Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream

Untuk Menu kami yang ke-5 Sya tak sure sama ada Coffee & Tea dan Sparkling Jus atau Anniversary's Cake yang kami dapat ni πŸ‘‡πŸ»


Tapi, rasanya Anniversary's Cake ni tak termasuk dalam Romantic 5 Course ni. Kek ni rasanya pihak Restoran Hotel bagi free sempena Anniversary kami.

So, rasanya Coffee & Tea dan Sparkling Jus lah kot kami punya Menu yang terakhir. Cuma Sya lupa pula nak ambil gambar Tea ni lah πŸ˜…

Overall ok lah. Not bad. Walaupun tahun ni kami hanya Celebrate Wedding Anniversary kami di dalam Malaysia sahaja dan walaupun sebelum ni Sya pernah berikan hint sebenarnya kepada Suami Sya untuk dia buat semua ni 🀣memandangkan dia tak dapat nak sponsor percutian kami ke luar negarakan
tahun ni.

Anyhow, I'm still happy and I'm blessed! :") 

Thank you so much, Abang for every single effort you made for our 6th Wedding Anniversary ni. Thank you for this Romantic, Awesome, Great and Wonderful Surprise 😚😘

Ok, lepas "Candle Light Dinner", kami terus balik bilik untuk letak Kek yang dapat tadi. Tak boleh nak makan lagi waktu tu sebab kami dah kenyang sangat! Mana taknya, dah lewat petang kami makan KFC dan Kek yang ada dalam bilik. Pukul 20:00 PM macam tu pula kami dah ber "Candle Light Dinner." Dah letak Kek, kami duduk dulu di Sofa luar berdekatan bilik kami sambil menikmati pemandangan di waktu malam sebelum masuk semula ke bilik untuk beradu.. Mueheheh.

Berlatarbelakangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Masjid Putra :)

Keesokkan harinya, kami turun Breakfast dan berjalan-jalan di Swimming Pool sebelum Check-Out pukul 13:00 PM. Kami minta late Check-Out. Hehe.

Maka, berakhirlah short vacation kami selama 2 hari 1 malam di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni sempena Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-6.

Insyaallah, ada rezeki tahun depan nanti Ayang belanja Abang ke South Korea ye! Cuma bezanya kali ni Ayang tak keluarkan duit Ayang sendiri. 100% sponsored by Shaklee ;) Insyaallah2, nak try sebaik mungkin dan sehabis baik untuk dapatkan 2 Tiket Regional Trip Shaklee yang MEWAH secara PERCUMA ni untuk kita berdua nanti. Kalau tak pun, Ayang akan kumpul Bonus Shaklee dan Instant Cash SPA yang Ayang dapat for our next Wedding Anniversary πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Last word from me, "HAPPY 6TH WEDDING ANNIVERSARY, ABANG!" May Allah S.W.T. bless our Marriage sampai Syurga-NYA and make it easy for us to get a Baby. Kalau boleh biarlah Twins Boy and Girl terus. Senang. Hahahahaha..

λ‚˜λŠ” λ„ˆλ₯Ό μ‚¬λž‘ν•΄ πŸ’‹

Friday, 1 February 2019

Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER!

Assalammualaikum dan Salam Jumaat semua! Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Amin, insyaallah.

NEW MONTH
NEW BEGINNING
NEW MINDSET
NEW FOCUS
NEW START
NEW INTENTIONS
NEW RESULTS

Dah sebulan berlalu bagi Tahun 2019. Maknanya berbaki 11 bulan lagi untuk kita menuju ke Tahun 2020. Wah! Semakin menghampiri Tahun 2020 dah rupanya dalam sedar tak sedar. Tetiba teringat pula pasal Wawasan 2020. Korang masih ingat lagi ke? Benda ni kita belajar masa sekolah dulu. Masa tu Sya ada terfikir jugalah. Sempat ke tak ni aku nak jumpa dan sampai ke Tahun 2020. Huhu.. How time flies! Korang sama juga ke macam Sya? Hihi.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Takkan kita masih nak berada dalam keadaan yang sama je kan. Betul? Allah cipta dan jadikan kita bukan saje2 tau. Tapi, untuk kita patuh dan taat setiap perintah serta suruhan-NYA dan menjauhkan atau meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh-NYA. Kita pun hidup untuk mencari dan mendapatkan keredhaan-NYA kan. Sebab matlamat kita adalah untuk masuk dan menjadi Penghuni Syurga-NYA di Akhirat kelak. Ini kalau kita bercakap soal Akhirat lah.

Bagaimana dengan kehidupan Dunia kita pulakan? Mesti kita pun ada matlamat atau impian yang hendak dikejar dan dicapai. Kalau tak, hidup kita akan sama je setiap hari sampailah Allah menjemput kita kembali semula kepada-NYA. Ibarat kita memandu kereta tanpa hala tuju lah. Cuma yang bezanya, kalau kita Driving, Minyak habis kita boleh isi semula. Itu pun kalau ada duit lah. Huhu.. Kalau dah sampai Ajal kita, mana boleh kita nak minta Allah sambung balik nyawa kita kan. Jadi, pastikan hidup kita ni ada matlamat. Dan matlamat kita tu biarlah jelas. Apa yang kita nak capai dalam hidup ni.

Tapi, apa kena mengena pula dengan "Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER" ni kan. Sebenarnya, salah satu matlamat Sya adalah untuk mempunyai KEBEBASAN KESIHATAN (HEALTH FREEDOM) dan KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM).

So, kalau ada dalam kalangan korang yang mempunyai matlamat yang sama dengan Sya juga, korang bolehlah mulakan hari korang dengan menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan korang.

Kalau korang tanya Sya macam mana nak mula, Sya akan recommend dan suggest untuk korang cuba dulu mana-mana Starter Pack seperti di dalam Poster "Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER" di bawah ini.

Jom SHAKLEE
NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER!

Ada 3 bentuk Starter Pack yang Shaklee offer special buat korang yang masih lagi belum menjadi sebahagian daripada Keluarga besar Shaklee. Antaranya adalah Wellness Starter Pack, Vivix Twin Starter Pack dan YOUTH Starter Pack.

Wellness Starter Pack dan Vivix Twin Starter Pack khusus untuk kesihatan dalaman. Manakala, YOUTH Starter Pack ni khusus untuk kesihatan dan kecantikan luaran.

Haish, untung sungguh korang yang masih belum menjadi Ahli Shaklee. Kalau Sya masih belum Ahli Shaklee, dah lama Sya grab mana-mana Starter Pack ni tau. Hahahahahah.. πŸ˜‚ Sihat dan cantik ni sebahagian Wawasan 2020 lah 😜

Tapi, ada yang lagi best dan menarik bila korang grab mana-mana Starter Pack ni.


  1. JIMATTTTT sehingga 10% untuk setiap Starter Pack
  2. Terus dapat PERCUMA Keahlian Shaklee RM65
  3. PERCUMA penghantaran RM10
  4. Boleh dapat Harga Ahli setiap kali membuat pembelian selepas ini
  5. Dapat CASH BACK sehingga 11%
  6. Dapat hadiah PERCUMA (Setiap Starter Pack berlainan hadiah)
Manalah ada Produk yang kita beli dekat luar sana boleh dapat balik duit kita kan. Tapi kalau dengan Shaklee, Cash Back yang kita boleh dapat adalah MINIMA 5% JIKA UV (Point) kita tu cukup atau genap 150 UV dan ke atas hasil dari pembelian mana-mana produk Shaklee. MAKSIMA Cash Back Shaklee boleh offer sehingga 21%  Giler banyakkan?!

Macam Starter Pack ni tak payah risaulah kan. Memang terlebih-lebih UV dah πŸ˜‚ Bahkan bukan setakat 5% tapi 11% kot Shaklee offer Cash Back! Selain tu korang boleh juga access ke Distributor Login Area dan join Support Group Shaklee di bawah Team Shaklee Sya, Star Light Family (SLF) untuk FREE Consultation and Guide in how to take the Vitamins or how to use the Skin Care Set. Anddddd kot2 lah suddenly korang rasa nak buat Business Shaklee untuk dapatkan pendapatan sampingan atau tambahan pun boleh tau!

Ok, bawah ni antara "Gifts" yang Shaklee akan berikan kepada korang apabila korang membeli mana-mana Starter Pack pada bulan ini.


FREE Pill Box for Wellness Starter Pack

1) FREE Vivix Red Tumbler (Limited Units) OR FREE Shaklee Shaker (600ml) - Laguna Blue for Vivix Twin Starter Pack
2) FREE YOUTH 5X Magnifying Mirror (L) OR FREE YOUTH Wristlet

Best kan?!

Jadi tunggu apa lagi?? Jom SHAKLEE!

NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER ni pun akan berakhir pada 28 FEBRUARI 2019. Nak ikutkan Shaklee dah offer lama dah untuk Starter Pack ni tau. Since December 2018 lagi. 3 bulan dah Shaklee offer. Kalau masih tak nak sambar dapatkan tak tahu nak cakap apa lagi. Berminat boleh contact Sya seperti di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ™‚


Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com