Leadership Workshop LAT : The "I" in the Team
Leadership Workshop LAT
De Palma Hotel, Ampang
7th October 2018
9 AM - 5 PM
Tak pernah jangka atau terfikir pun walaupun seorang Suri Rumah sepenuh masa (Full-Time Housewife), tapi masih berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mengikuti Bengkel (Workshop) atau "Team Building" sama seperti orang yang bekerja. Boleh dah lah berlagak dengan suami Sya nanti 😂
"Terima kasih semua, kami excited sangat dapat jumpa korang dalam Leadership Workshop" ni. Mr. Hanafiah dan semua Facilitator sangat kagum dengan semangat serta excitement korang semua. Which dia orang tak pernah jumpa macam tu dalam mana-mana Training Korporat. High level punya energy." - Master Hafsah Mardhiah / Kak Chah, Ex-Engineer PETRONAS -
Bangga untuk kali kedua kejap bila Master Hafsah sampaikan benda ni dalam Group Whatsapp khas untuk Leadership Workshop ni. Weeeee.....
Masa dapat Whatsapp di bawah ni daripada salah seorang Mentor Sya iaitu Master Athirah, Sya rasa bangga, happy dan special sangat tau! Ye lah, bukan semua orang dapat jemputan (invitation) ni. Hanya barisan Leaders (Supervisor ke atas) sahaja yang dijemput untuk menghadiri Workshop ni. Nama pun "Leadership" Workshop kan.. Dah tentu khas buat semua Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor / SID) yang dah jadi Leader atau yang dah ada Rank di dalam Shaklee at least Supervisor. Dan yang pasti Leaders di bawah Legasi Anugerah Terindah (LAT) sahajalah termasuk MIG, TWB, MFMS dan SOUL (Sparkle).
The Invitation
Best sangat Leadership Workshop LAT semalam! Kami bukan diajar atau belajar mengenai Nutrisi kali ni. Malah, kami belajar ilmu baru iaitu "Myers-Briggs Type Indicator" (MBTI) dan "The Belbin Test."
Secara ringkasnya, MBTI ini adalah soal selidik laporan diri introspektif bertujuan untuk menunjukkan perbezaan bagaimana seseorang itu melihat dunia di sekeliling mereka dan membuat keputusan. Manakala, The Belbin Test ini pula adalah ujian yang dijalankan untuk mengenal sikap seseorang. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai Belbin Self-Perception Inventory, Belbin Team Role Inventory, BSPI atau BTRI.
Ilmu yang bernilai RM2,500 untuk seorang ini tapi kami hanya bayar RM80 seorang. Balance tu Masters kami sponsor. Untung giler kan?! Dan kebiasaannya ilmu ni diajar kepada syarikat-syarikat besar atau badan-badan korporat sahaja tau. Salah satu contohnya di PETRONAS. Fuh! Memang terasa macam Executive sangat tau.. High-Class Housewife katakan.. Hihi.
Selain tu, apa yang best mengenai Leadership Workshop LAT ni adalah perut kita tak ada masa langsung nak rasa lapar! Hahahahahah.. Sentiasa makan dan minum. Rasa macam eh baru je lagi makan, dah makan lagi? 😂
Tentatif Leadership Workshop LAT
Tengoklah Tentatif Leadership Workshop LAT ni. Sampai 3 kali break 😂 Bayar RM80, tapi makan minum macam 3 hari punya Workshop. Memang berbaloi sangat rasa! Hahahahaha..
Semua Leaders dah get ready untuk menimba ilmu
Semua Leaders dah get ready untuk menimba ilmu
With my sidelines, Kak As and Kak D. Kami duduk satu row. Kak As ni Geng Trip TWB : Perth Sya dulu. Hihi.
Opening Workshop LAT ini dikendalikan oleh Master Mohd Aizan Mohd Nor, iaitu suami kepada Master Hafsah. Master Aizan juga merupakan seorang bekas Jurutera PETRONAS.
Opening Leadership Workshop LAT by Main Speaker, Master Mohd Aizan Mohd Nor.
Oh, ye. Sebelum Sya terlupa, Sya nak kongsi kegembiraan Sya masa Sya dapat "Kitab" Purple : 5 SOP BISNES POWER ni. Kitab Purple (bak kata Master Nur Zahirah 😂) ni Sya dapat dulu daripada Peserta Leadership Workshop yang lain sebab Sya jawab soalan yang ditanya oleh Master Aizan masa tu.
Happy and excited giler weh dapat Kitab Purple : 5 SOP BISNES POWER dulu berbanding orang lain 😂
Ketika sesi "Ice Breaking", kami para peserta diminta untuk mendapatkan Biodata 3 orang peserta lain yang kami tidak kenali antara satu sama lain. Di dalam Biodata tersebut mesti ada Nama, Latar Belakang Keluarga, Kerjaya dan Keunikan Diri Peserta itu sendiri.
Untuk Modul 1, kami diajar untuk memperbetulkan "Mind Setting." "Mind Setting" yang betul menentukan sikap dan tindakan seseorang. Remember! Before the behaviors take place, mind setting has to change first!
Korang tengok gambar ni. Kalau kepala korang diacu Pistol lah kan, apa yang korang akan buat? Melawan atau ikut sahaja apa yang disuruh? Jawab.. Jawab.. Hehe. Jawapan korang nanti boleh tinggalkan di ruangan komen bawah sekali 😉
Habis Modul 1, kami berehat seketika untuk menikmati juadah yang telah disediakan di luar Bilik Kasturi, De Palma Hotel, Ampang.
Bersama sebahagian Leaders Hebat
Morning Break
Bersambung..
Modul 2 : Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan The Belbin Test dijalankan. Yang ni Sya minta maaf ye sebab Sya tak boleh dan tak dapat nak kongsikan secara mendalam sebab ilmu-ilmu ni sangat mahal khusus untuk semua LAT Family. Cuma apa yang dapat Sya kongsikan di sini adalah MBTI dan The Belbin Test ini digunakan untuk membantu kita mengenalpasti serta menyesuaikan gaya komunikasi interpersonal seseorang. Fuh.. Kedua-dua ni sangat berguna bagi kami yang memang buat business sebab akan lebih memudahkan kami mengenali Prospek, Pelanggan (Customer), Ketua (Leader) mahupun Kumpulan (Team) kami selepas ini dengan lebih mendalam dengan cara dan teknik yang betul.
The Belbin Test
The Belbin Test
Modul 3 : Car Game
The best modul so far! 😂 Bisalah bab-bab main dan pasang Lego ni memang best pun :P Hilang mengantuk dan energetic terus! Hahahahaha.. Modul 3 ni adalah selepas Lunch dan Solat Fardhu Zohor. Tapi, sebelum break.. Kami dipecah dan dibahagikan kepada 5 kumpulan atau 5 Workstation. Dan Kumpulan Sya adalah Kumpulan 4 atau Workstation 4.
Briefing by Tuan Hanafiah, Master Trainer before the Car Game Started.
Project Manager and Team Leaders
Untuk Modul 3 : Car Game ni, semua Workstation diberi amanah, tanggungjawab dan bahagian masing-masing untuk menghasilkan atau mengeluarkan 45 biji kereta dalam masa 10 minit di dalam 3 shift yang berbeza. Macam Workstation 4 Sya ni, kami perlu pasang body kereta 😂
Workstation 4
Lunch..
Lunch with my Upline (Right) and Sideline (Left) Shaklee
My Lunch
Our Project Manager, Puan Adawiyah (Kak Dah).
Our Master Game, Tuan Hanafiah sedang briefing Team Leaders.
Workstation 1 - Bahagian pemasangan base kereta
Workstation 2 - Bahagian pemasangan dalam kereta + Ekzos
Workstation 3 - Bahagian pemasagan depan (aerodinamik) dan tingkap kereta
Workstation 4 - Bahagian pemasangan badan kereta
Workstation 5 - Bahagian pemasangan tayar kereta
Alhamdulillah.. Selesai untuk Pusingan Pertama atau Shift 1. Untuk Shift 1 ni, kami dapat mengeluarkan sebanyak 24 biji kereta. Tetapi, 2 darinya rejected. Huhu.. Tapi, oklah kan? Lepas dari setengah.
Kereta yang berjaya disiapkan ketika Shift 1 dalam masa 10 minit (22 biji kereta dari 45 biji kereta)
Yeah! Kami Workstation 4 sudah bersedia untuk menyahut cabaran dengan mengeluarkan 45 biji kereta lagi dalam masa 10 minit bagi Pusingan Kedua pula
Alhamdulillah, untuk Pusingan Kedua ni KPI kami lepas! KPI untuk kami mengeluarkan kereta adalah sebanyak 45 biji kereta dalam masa 10 minit. Tapi, kami berjaya keluarkan lebih dari ini iaitu sebanyak 68 biji kereta! Bawah ni Result kami untuk Shift 1 dan Shift 2. Shift 3 kami tak sempat teruskan disebabkan kekangan masa.
Results for Shift 1 and Shift 2
Sambil-sambil tu, kami makan dan minum (Tea Break).
Tea Break
Modul 3 ini adalah Modul terakhir di dalam Leadership Workshop LAT. Dah nak sampai ke penghujungnya dah? Enjoy dan happy sangat sampai tak perasan rupanya dah nak berakhir dah Leadership Workshop LAT ni.. Huhu..
Gambar kenangan bersama Kumpulan atau Workstation 4.
From right : Kak Milah, Sya, Kak Amy, Kak Bai, Kak Nyul, Kak Faizah, Mar, Kak Zura, Kak Mai dan Kak Syakirah.
Sebelum tiba sesi untuk "Sembang Santai Bersama Masters", bergambar dan bersurai.. Tuan Hanafiah memanggil setiap wakil (Team Leader) dari setiap Workstation untuk tampil ke hadapan bagi memberi sedikit kesimpulan berkenaan Car Game yang kami sertai.
Apa yang kami semua dapat simpulkan berdasarkan "Car Game" yang kami sertai ini adalah dari segi set aim (matlamat), planning (perancangan), target (sasaran), penambahbaikkan atau perubahan strategi dan kerjasama antara ahli kumpulan. Sebagai contoh, target kami adalah untuk mengeluarkan sebanyak 45 biji kereta dalam masa 10 minit bagi setiap shift. Dan menyentuh soal strategi dan kerjasama pula, pada awalnya kami semua mengambil bahagian untuk memasang badan kereta tanpa memikirkan dan mengaturkan siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil bahagian depan serta tingkap kereta dari Workstation 3 dan kemudian siapa pula yang bertanggungjawab untuk menghantarnya ke Workstation 5 bagi pemasangan terakhir bahagian kereta iaitu tayar.
Jadi di sini sebenarnya kami dapat belajar sesuatu yang kami boleh aplikasikan di dalam perniagaan kami iaitu jika apa yang dirancang pada awalnya tidak kesampaian maka kami seharusnya mempunyai Plan B pula dan seterusnya ☺
Conclusion by Our Masters Coordinator - PM Laila Mukhtar (GLC Family), Master Nur Zahirah (LAT Family), Master Hafsah Mardhiah (MIG), Master Ainul Shahrazad (MAS - TWB) dan Master Athirah (SOUL - Sparkle).
SOUL (Sparkle)
Our Masters Coordinator - PM Laila Mukhtar (GLC Family), Master Nur Zahirah (LAT Family), Master Hafsah Mardhiah (MIG), Master Ainul Shahrazad (MAS - TWB) dan Master Athirah (SOUL - Sparkle).
Leaders yang hadir di Leadership Workshop LAT
Bergambar kenangan bersama Tuan Hanafiah, Master Game. Beliau juga merupakan Ex-Senior Manager PETRONAS.
Sebagai kesimpulan, Sya sangat enjoy dan happy sangat dengan Leadership Workshop LAT ni! Bukan setakat dapat merasa gaya hidup seorang Executive, malah terlalu banyak input dan ilmu baru yang Sya dapat. Ilmu "Mind Setting" yang akan mengubah keseluruhan hidup Sya ke arah yang lebih baik, berjaya dan kaya. Ilmu MBTI dan The Belbin Test yang insyaallah akan lebih membantu Sya untuk mengenali diri Sya sendiri, orang-orang di sekeliling Sya seperti suami Sya, keluarga Sya, kawan-kawan Sya dan yang paling penting sekali Sya boleh, dapat dan mampu mengenali anak-anak buah Sya (Team Star Light Family - SLF) Sya sendiri, Prospek serta Customers Sya dalam mengembangkan lagi Empayar SLF Sya selepas ini.
Terima kasih yang tak terhingga Sya ucapkan buat semua yang terlibat dalam Leadership Workshop LAT ini terutamanya semua Masters Coordinator, PM Laila Mukhtar, Master Nur Zahirah, Master Hafsah Mardhiah, Master Ainul Shahrazad (MAS) dan Master Athirah termasuk Main Speaker, Master Mohd Aizan Mohd Nor dan Master Game, Tuan Hanafiah. Semoga ada rezeki kita semua berjumpa lagi di dalam event atau program yang akan datang!
Mohon doakan Sya, Siti Aisyah binti Abdul Razak, Rank Up Coordinator Shaklee Oktober 2018! Thank you in advance!
Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Leader to My Awesome Team, Star Light Family (SLF)
Certified Trainer & Beauty Therapist
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com