Pages

Friday, 16 November 2018

Doktor Azizan Osman (DAO) : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN

Sambungan dari post FB : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN OLEH DOKTOR AZIZAN OSMAN (DAO).

Boleh tengok dekat link ni 👉🏻 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762857077073740&id=100000484246032 utk 25 PERTAMA FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN. 

Ni bagi anda yang terus jumpa entry blog Sya ni dulu sebelum tengok post Sya di FB lah. Ada sebab kenapa Sya buat sambungan di Blog. Nak tahu pergi skodeng FB Sya sekarang cepat! 😂



26. Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

27. Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

28. Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti.

29. Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memeberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

31. Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak-anak.

36. Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

40. Percaya dengan apa yang anda lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.

42. Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang menggembirakan diri.

47. Jauhi dari stress dan juga orang di sekeliling yang stress, kerana stress akan memberi tenaga negatif kepada anda.

48. Bertanggungjawab terhadapa semua perkara yang anda lakukan.

49. Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.

Alhamdulillah.. Selesai pun Sya menaip untuk berkongsi dengan anda semua "50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN" oleh DAO ni.

Semoga perkongsian Sya ini dapat memberi manfaat buat diri anda dan dapat membantu menukar minda serta hati anda dari seorang yang negatif kepada seorang yang lebih positif, baik, kaya & berjaya 🙂





Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH), Natural Home & Mobile SPA
Certified Beautician & Certified Trainer of The Walking Beauty (TWB)
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com