Wednesday 29 April 2015

ENDOMETRIOSIS : Penyakit Aneh Yang Menyerang Kaum Wanita!!!!!!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Assalammualaikum semua!

Ok, hari ni Sya tertarik utk berkongsi dgn korang semua berkenaan penyakit "Endometriosis."

Korang pernah dgr ke pasal penyakit Endometriosis ni? Sya 1st time dgr. Itu pun sebab Sya tertengok WHI (Wanita Hari Ini) di TV3 tengah hari semalam. Uhuhu..

Kalau korang yg sama macam Sya (1st time dengar pasal penyakit ni), korang boleh teruskan membaca sampai habis okay? Ilmu baru ni.. Sya dah tolong cari info, korang just have to read until the end je. Tehee.. Kalau korang berminatlah nak tahu lebih lanjut pasal Endometriosis. Kalau tak nak, boleh go through entry2 Sya yg lain! :P


| ENDOMETRIOSIS |






Endometriosis adalah satu keadaan 'luar biasa' yg dialami oleh kaum wanita (kaum lelaki tak payah risau) di mana tisu dari selaput dlm rahim (endometrium) telah tumbuh di luar rahim, ovari (kilang telur), pundi kencing, usus, rektum, dll.

Setiap kali seorang perempuan period, tisu di dlm rahim akan membesar dan menjadi tebal. Seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Tapi, bagi mereka yg menghidap penyakit Endometriosis, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Kalau berlaku pun, mungkin tisu ni akan berdarah sikit tapi darah tak dapat keluar pun. Itu yg sakit!

Punca sebenar penyakit ni still tak dpt trace, tapi ada teori yg mengatakan Endometriosis ni terjadi sebab tisu yg ada dlm rahim tadi tak dpt keluar melalui faraj ketika haid. Malah, ia bergerak ke belakang dan pergi ke bahagian peranakan seperti telur atau pelvik.


| TANDA2 SESEORANG WANITA ITU MENGHIDAP ENDOMETRIOSIS |

  • Senggugut seminggu / 3 - 4 hari sebelum haid dan selepas haid
  • Haid yg tak teratur / darah haid yg terlalu banyak 
  • Terasa sakit semasa / selepas 'having sex' (This is for those yg dah kahwin je ok)
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
  • Sembelit / Cirit-birit / Sakit ketika buang air besar 
Selain itu, seseorang wanita itu akan bertambah risiko utk mendapat Endometriosis apabila :

  • datang haid di usia yg sangat muda
  • mempunyai kitaran haid yg panjang melebihi 7 hari
  • tak pernah beranak
  • ada ahli keluarga yg menghidap Endometriosis (keturunan)


| KOMPLIKASI |

  • 30% - 40% wanita yg mengalami Endometriosis mungkin akan mandul. Tapi, insyaallah kalau operation, korang masih ada peluang utk pregnant secara normal balik.
  • Peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi.
  • Masalah sukar utk membuang air kalau tisu rahim tumbuh di bahagian usus / pundi kencing.
  • Kesakitan yg dialami setiap kali period yg mana akan menghadkan aktiviti seharian korang.
  • Bleeding (Apabila tisu di luar rahim membengkak).
  • Tisu di luar rahim juga boleh berubah menjadi kanser especially those yg dah menopaus.


| RAWATAN UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS |

  • Operation (Membuang lapisan Endometriosis yg berada di luar rahim dgn kaedah / cara pembedahan laparoskopi.
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti NSAID.
  • Mengambil pil perancang oral, progestin, dan analog hormon pengeluar gonadotropin.
Tapi, kalau korang memilih utk merawat melalui ubat hormon.. Korang kena bersedia dgn kesan sampingan utk setiap ubat hormon yg korang ambil tu. Antara kesannya adalah berat badan bertambah dan depression.


Mengandung dan melahirkan anak juga salah satu rawatan yg boleh mengurangkan risiko seseorang wanita itu mengalami Endometriosis.


| PANTANG LARANG |

Time Sya buat research (research sangatkan.. Hihi. I mean, through reading), ada few penghidap Endometriosis ni ada share apa yg tak boleh diambil oleh pesakit atau penghidap Endometriosis. Antaranya :

  • kolagen 
  • rumpai laut 
  • spirulina
  • lobata


| RUMUSAN |

Penyakit Endometriosis ni sangat 'aneh' sebab punca sebenar penyakit ni tak ada seorang pun yg tahu even doktor sekalipun, tapi ia boleh memberi pelbagai masalah kpd kaum wanita. Kita tak tahu kenapa 'darah kotor berkumpul' di belakang rahim dan ovari (kilang telur).

Namun, ada sesetengah pakar perubatan Islam mengatakan bahawa darah ini adalah 'makanan jin' dan berkemungkinan 'makhluk halus' yg mengganggu peranakan wanita sehingga menyebabkan seseorang wanita itu tidak boleh mempunyai zuriat. 

So, pendapat Sya for those yg mempunyai masalah Endometriosis ni.. Apa kata korang cuba rawatan alternatif yg lain seperti kaedah perubatan Islam dan kaedah makanan2 tambahan semulajadi selain dr kaedah2 atau rawatan2 moden.


Wuallahua'lam..


Supervisor Aisyah
Working-At-Home-Wife

***Ingin menjana income sehingga 4, 5, 6 angka sebulan walaupun hanya duduk di rumah? Hubungi Sya utk Sya kongsikan dgn anda semua.***

































Wednesday 8 April 2015

SHAKLEE PRODUCT PROMOTIONS : APRIL 2015 PROMOTION!!!!!!

Hi, uolss! Assalammualaikum!


Macam biasalah kan setiap bulan mesti ada PROMOSI yang Shaklee akan offer buat semua pengguna tegar produk2 Shaklee. Hihi.

Ok, untuk bulan ni antara produk yang Shaklee offer adalah LECITHIN, CINCH CHOCOLATE & CINCH CAFE LATTE SHAKE MIX, DTX COMPLEX, GLA COMPLEX, & VITA-LEA FOR CHILDREN!

Best ke best? Gila tak best? Sekali 6 produk tu...... Kalau korang tak bersyukur juga, tak tahulah nak cakap apa. Huhu.. 

<3 Untuk yang nak KURUS secara sihat
<3 Untuk DETOKS HATI & ingin BERHENTI MEROKOK
<3 Untuk PESAKIT PCOS, CYST, & IBU MENGANDUNG
<3 Untuk KANAK - KANAK

Sya bet lah yang korang boleh menangis dengan harga2 untuk setiap produk Shaklee yang promosi bulan ini! Hoho. 



7 AT 6 PROMOTION :
Beli 7 botol GLA  COMPLEX pada harga untuk 6 botol yang bernilai RM580.35
Beli 7 botol LECITHIN pada harga untuk 6 botol yang bernilai RM333.90


Kalau korang rasa banyak sangat untuk stok korang sorang, korang boleh share2 beli dengan family korang ke.. saudara-mara ke.. atau share beli dengan kawan2 korang. Tak nak juga? Kalau 2 botol nak ke nak? ;)


Beli 2 botol GLA COMPLEX / LECITHIN sahaja dan dapatkan 5% DISKAUN!!!
GLA COMPLEX : RM183.78
LECITHIN : RM105.74


Ini pula promosi untuk DTX COMPLEX, VITA-LEA FOR CHILDREN, 
CINCH CHOCOLATE / CAFE LATTE SHAKE MIX!
Beli mana2 4 botol pada harga untuk 3 botol sahaja!
DTX COMPLEX : RM492.90
VITA-LEA FOR CHILDREN : RM352.98
CINCH CHOCOLATE / CAFE LATTE : RM550.14


Dah2, lap air mata tu. Banjir pula nanti. >< Dari korang menangis sebab tak tahan terharu dengan harga2 yang Shaklee offer untuk produk2 promosi bulan ini.. Apa kata korang terus je contact Sya untuk order & purchase? Kita sembang macam kawan2 je.. ;)

Kalau korang nak dapatkan harga yang jauh lebih murah dari harga2 promosi untuk semua produk2 Shaklee di atas ni, korang ambil phone korang sekarang dan terus tekan nombor ni >>> 013-476 5930. Insyaallah, nanti si "cute" :p  ni akan explain dekat korang macam mana nak dapat harga yang lebih murah. ;)





With Lots of Love,
SITI AISYAH BINTI AB RAZAK 
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID)
1034673
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 013 - 476 5930 @ PM FB : Sya Syasya
EMAIL : aisyahrazak90@gmail.com


***FREE CONSULTATION IS PROVIDED ONLY FOR MY LOVELY CUSTOMER***


"Ujian Itu Tarbiyah Daripada Allah S.W.T."

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Assalammualaikum W.B.T. 


"Ujian / Dugaan." 

Sememangnya sebagai hamba Allah S.W.T. kita tidak boleh lari dari diuji dan diduga olehNYA. Selagi mana kita bernafas di atas muka bumiNYA.. Selagi mana kita masih mendapat nikmat-nikmatNYA, selagi itulah kita perlu redha apabila diuji dan taat akan perintah-perintahNYA.

Ujian atau dugaan ini merupakan sebahagian dari kehidupan di dunia. Dunia ini sendiri pun adalah tempat ujian sebelum akhirat.

Allah S.W.T. menguji hamba-hambaNYA kerana DIA ingin melihat sejauh mana KETAATAN dan KESABARAN hamba-hambaNYA terhadap ujian atau dugaan yang DIA berikan. Manusia diuji dengan HARTA, WANG RINGGIT, KEKAYAAN, KESUSAHAN, SIHAT, SAKIT, dan pelbagai lagi.


25 Mac 2015

Ketika suami Sya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di KLIA, suami Sya mengalamai kemalangan kecil. Sedangkan sebelum suami Sya memulakan perjalanan, kami sama2 menadah tangan membaca doa naik kenderaan. Inilah rutin kami suami isteri setiap pagi. 

Sebagai seorang isteri, Sya tak henti2 mendoakan keselamatan suami Sya. Sya mohon suapaya Allah S.W.T. melindungi dan memelihara suami Sya sepanjang perjalanan, mudah-mudahan suami Sya selamat sampai. Ternyata, Allah S.W.T. maha berkuasa ke atas setiap sesuatu perkara yang berlaku. 

Sepanjang kami berkahwin, inilah kali pertama suami Sya accident. Apa pun, Sya tetap bersyukur sebab suami Sya tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma, kereta suami Sya je yang tercedera sikit.







| MERASAI PERASAAN MEREKA YANG TIDAK MAMPU MEMILIK KERETA |

Disebabkan kami hanya memiliki sebuah kenderaan (tiada kereta lain selain Myvi dan tiada motor), suami Sya terpaksa minta tolong kawan dia yang juga bekerja di KLIA untuk tumpang ke tempat kerja sementara Myvi di tahan di Pusat Servis Perodua Nilai.

Kita hanya merancang.. Yang menentukan segala-galanya adalah DIA.. 

Malam sebelum suami Sya tumpang kawan dia ke tempat kerja, kawan suami Sya pula mengalami kemalangan. Allahuakbar.. Betul Allah nak uji tahap kesabaran dan ketaatan kami kepadaNYA!

Kawan suami Sya pun hanya memiliki sebuah kereta (kereta yang accident) dan sebuah motor yang hanya boleh dibawa ke tempat2 yang berdekatan sahaja. So, korang boleh imagine tak how they are going to work for Thursday and Friday??? Seriously, time ni Sya betul2 rasa Allah nak uji kami. At last, mereka naik juga motor ke tempat kerja..


|SABTU 28032015|

Sepatutnya hari ini kami ke Batu Pahat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak angkat mama dan ayah. Tapi, sebab kereta kami baru lepas accident, kami tak dapat nak join.

Ok, time ni rumah kami pula tak ada stok makanan yang boleh dimakan atau dimasak. Kebetulan beras pun baru habis. So, we have decided untuk keluar cari makanan dengan berjalan kaki. Fuhhh... Keluar rumah lebih kurang jam 11 pagi dan kami sampai semula di rumah almost 1 PM! 

Sumpah! Lenguh dan sakit sangat kaki sampai rasa macam nak tercabut dah! Dengan kaki melecet sebab jalan kaki (pergi + balik kedai), redah jalan2 yang berbukit-bukau.. Cuaca yang agak panas.. Bawa barang2 yang dibeli.. Fuh! Siapa yang pernah datang ke rumah kami, tahulah macam mana jauhnya rumah kami nak ke kedai kalau berjalan kaki.

Semua ni idea dan suggestion Sya untuk jalan kaki ke kedai. Huhu.. Suami Sya cool je. Sya yang tak tahan sakit kaki sampai melecet-lecet. -_- 

Mujur, ada OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai pembantu untuk melegakan lenguh2 dan sakit2 kaki Sya. 

Tapi, bagi Sya ini salah satu pengalaman yang tak akan Sya lupakan sampai bila2. Baru Sya tahu perasaan dan keadaan mereka yang jauh lebih susah daripada kami. Yang memang tidak pernah memiliki kereta.

Alhamdulillah, Sya dikurniakan adik-beradik yang ramai yang saling membantu. Kak ngah Sya dan suaminya mengizinkan kami untuk menggunakan kereta HONDA mereka sementara menunggu Myvi kami recover sepenuhnya. Terima kasih kak ngah dan abang Dzuha! Semoga Allah S.W.T. murahkan lagi rezeki, rahmati, dan berkati hidup kalian. :")

Cuma buat sementara waktu ni, kami masih menggunakan Myvi kami sementara menunggu barang2 (part2) Myvi sampai di Perodua.


Moral of the story :

Bersyukurlah walau sekecil-kecil nikmat! Jangan asyik mengeluh tanpa mencari penyelesaian! Fikirkan betapa ramai lagi orang yang hidupnya jauh lebih susah daripada kita. Setiap ujian atau dugaan (musibah) yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Sebenarnya Allah S.W.T. rindu hendak mendengar suara hamba-hambaNYA yang mengadu dan berdoa kepadaNYA.. Barangkali kalau kita tidak diuji atau diduga, kita akan menjadi sombong dengan DIA? Nauzubillahiminzalik. Wuallahua'lam.