Friday 28 November 2014

Roti Sarang Lebah di Salak Tinggi, Sepang Selangor!!!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang ~

Assalammualaikum readers! ;)





Siapa yg dah pernah rasa atau makan roti ni angkat tangan! Mcm lah saya nampak kalau anda angkat tangankan.. Wakakak.

For the 1st time saya rasa dan makan 'Roti Sarang Lebah' ni. Rasa roti ni mcm mana? Erm, roti ni mmg lembut habisss... Lembut sangatttttt.. Hihi. Atas roti tu diteraburkan bijan hitam, biji labu (yg warna hijau), dan badam putih. 

Kuah roti ni? Kuah roti ni ala2 sos karamel. Tp, saya rasa kuah roti ni mcm kaya pun ada. Hee.. Husband saya pun ckp kuah roti ni rasa kaya. Then, my husband said, sedap lagi roti kaya dekat mamak! Saya? Berkerut dahilah dgn penuh tanda soal keluar atas kepala. Tekak masing2 kot.. 


Kisah Terjumpa dan Terbeli Roti Sarang Lebah~

Petang semalam saya dan suami singgah di kedai runcit 'Orange MM' masa kami dlm perjalanan pulang ke rumah kami di Taman Mawar Perdana utk beli barang masak sikit.. Time nak bayar tu, tiba2 saya ternampak 'Roti Sarang Lebah' ni dkt meja cashier. Saya pun tengoklah harga roti ni berapa... RM7 je! Seriously murah kottt... Kalau tak silap saya, biasanya org jual roti ni around RM8 - RM10 tau. So, saya apa lagi.. Terus rembatlah! Lagi pun husband saya ckp dia yg nak bayarkan. Beruntung ada husband mcm abang! :P Terima kasih, abang! :D

Balik tu, lepas solat Maghrib, saya terus curahkan kuah roti tu dkt atas 'Roti Sarang Lebah' tu.. Kuah roti tu suam2 lagi. Oleh kerana saya dah tak sabar nak rasa roti tu, saya tak adalah panaskan dulu kuah tu balik. Tak sabau nak rasa ooo... Hihi. Tp, mmg marvelous lah rasa diakan! Mmg rugi siapa yg belum cuba lagi. Huhu..


Rupa asal 'Roti Sarang Lebah' sebelum ditelan! Hihi.

Silalah meleleh mcm kuah karamel ni! :p

1 bun dah selamat ditelan oleh perut saya dan suami!

Sekian sahaja perkongsian saya utk 'Roti Sarang Lebah' ni... Saya nak 'share' mana lagi tempat yg ada jual roti ni, saya pun tak tahu sebab saya sendiri baru terjumpa and makan roti ni.. Hihi. Tp, kalau anda google pun rasanya boleh jumpa mana lagi tempat yg ada jual roti ni. 

Selamat mencari, membeli, dan memakan 'Roti Sarang Lebah' bg mereka yg belum pernah rasa lagi! ;)








Wednesday 26 November 2014

KOREA... Kisah Berbulan - Madu Si Teruna dan Dara (PART 1)

Amboiii... Tajuk!

Siapa 'Teruna' dan 'Dara' yg dimaksudkan???

Haaa... Inilah si teruna dan dara tersebut.. Hihi.


Mmg masih teruna dan dara pun time ni! Eh. :P


Alhamdulillah, akhirnya dpt jugak saya menjejakkan kaki saya di bumi Korea.. Mcm mana saya boleh sampai ke Korea? Ada saya kongsikan di sini >>> Klik

Don't know how to describe my feeling, but seriously best sangat pergi Korea lagi2 dgn 'hatimanis' saya. xD

Note: 'Hatimanis' = Sweetheart. Gelaran yg pernah diberikan oleh suami saya ketika kami masih lagi bertunang. Hihi.

Ok lah, meh saya share antara aktiviti saya dan suami utk hari pertama kami di Korea.

Day 1:
- Gambar2 di Incheon Airport
- Gambar2 di sekitar Anguk (Tempat kami stay)
- Check in hotel (Lavinia)
- Gambar2 di hotel
- Jalan2 di Unhyeongung 
- Shopping di Namdaemun Market

Incheon Airport


Baggage pick-up 

Banana Uyu (Banana Milk)

Banana Uyu ni susu perisa pisang. Atas ni gambar saya 'berlakon' minum je.. Hahahah. Ada lah saya try rasa sikit, lepas tu tak nak dah sbb tak kena dgn tekak saya. But, my husband love it! He told me that 'banana uyu' ni lah antara minuman dia time dia study dkt sini dulu. Huhu..

Samgakkimbab



'Selfie' sambil menunggu subway (underground train) utk ke Anguk

Saya ingat lg time kami baru sampai Korea. Time tu saya belum rasa lg 'kesejukan' sebenar bumi Korea. Saya rasa sejuk Korea ni lebih kurang mcm sejuk time saya study di UiTM, KBM je. Most of the classes mmg sejuk giler sampai student kalau pergi class tu, wajiblah pakai atau bawak sweater/jacket/mafla utk balut badan. Sejuk ia sampai jari2 tgn kecut and susah nak menulis. Huhu..

Saya pun cakaplah dkt husband saya and dia berkerut dahi. Rupa-rupanya saya silap! Bila kami keluar je dr airport and berjalan cari our Lavinia, barulah saya rasa betapa sejuknya Korea! Sampai menusuk ke tulang2 saya! Patutlah husband saya berkerut dahi.. hahaha..

Anguk 

 Ok, tangga ni sangat tinggi dan panjang! 
Kesian suami saya kena angkat 2 luggage. 1 luggage dia dan 1 luggage saya.
Huhu..

 Kekuatan lelaki sejati terserlah di sini! xD






Gambar2 dkt atas ni saya yg ambil! :D Time ni kami bawak 2 camera. 1 digital camera husband saya punya dan 1 lg camera DSLR, adik ipar saya punya. Pd saya digital camera husband saya. Mmg saya sentiasa gantunglah dkt leher selagi mana battery camera tu tak habis! Saya suka bergambar dan saya suka ambil gambar 'keadaan' atau 'persekitaran' sesuatu tempat tu kalau saya pergi bercuti. Sebab tu lah gambar lori, bus stop, kedai, dan bas saya ambil. Hee..

Lavinia Hotel @ Anguk

Nasib baiklah husband fasih bertutur bahasa Korea! Hihi.


Our room @ Lavinia, Anguk


Our room no: 603

Selfie! :p

Actually, Lavinia ni bukan hotel pun! Tp, 'hostel.' Huhu.. Time dkt Malaysia, my husband dah survey few hotels di Korea termasuklah Lavinia ni. Dlm internet time tu tulis hotel, bkn hostel. Tp, bila kami sampai2 je, tgk dr luar tulis Lavinia Hostel. Tertipu rasa! Haha.. 

Never mind lah! Kami dtg Korea utk kasik skru2 kaki kami tertanggal, bkn utk duduk berehat 24 jam di bilik hotel. Hihi. So, kami tak kisah sangat pun soal tempat tinggal. Lg pun, seriously boleh dikira berapa jam sgt kami berdua duduk bilik. Selebihnya kami banyak habiskan masa berjalan-jalan. Huhu..

Unhyeongung 

Unhyeongung ni adalah sebuah istana lama. Inilah tempat pertama yg kami singgah sebelum kami pergi Namdaemun Market utk survey tempat buat brooch. 

Unhyeongung ni dkt je dgn Lavinia. Sepatutnya kalau nak masuk sini kena bayar tau.. Tp, kami tak bayar pun sbb palace ni under renovation sebenarnya. Kikiki. Lepas je kami masuk, ramai pulak org2 Korea ikut masuk.. Huhu.. 















My husband told me yg time ni winter dah nak habis.. That's why lah kalau anda tgk salji dkt Unhyeongung ni tak tebal mana pun. Disebabkan saya tak pernah sentuh atau main salji, itu yg saya over excited sikit tu bila jumpa salji! :P

But, I tell u.. Perasaan org yg dah selalu fly and main salji sangat berbeza dgn perasaan org yg 1st time fly and main salji mcm saya! Lg2 bila pergi dgn my other half. Uhuhuhu..  

Namdaemun Market

Lepas kami dah melawat dan berjalan-jalan di Unhyeongung, kami pun pergilah ke Namdaemun Market.. Tak sure lah berapa lama ambil masa dr tempat kami stay ke Namdae. But, for me quite far. Husband saya pun tak ingat mkn masa berapa lama and berapa station yg kami lalui. Huhu..

Tujuan kami ke Namdaemun Market ni utk survey dulu tempat buat brooch memandangkan banyak brooch yg akan kami beli utk dijadikan sebagai souvenir bila balik nanti.. Lepas tu nak survey jugaklah souvenir apa lg yg boleh dibeli utk family kami. 

Jalan.. Jalan.. dan Jalan.. Husband saya ternampak ada sorang mamat Korea ni tgh jual baju2 dkt tgh2 jalan... Kami pun stop and join 'ajumma' Korea pilih baju.. Ups. Bkn kami, tp saya. Hihi. Mmg saya plan nak beli coat baru pun, sbb blue bubble coat saya pakai ni pun saya pinjam my sis punya. Huhu.. Itu yg plan nak beli new coat and suddenly ada pulak yg tgh lelong coat murah2 disebabkan winter dah nak habis. Saya apa lg, berebut-rebutlah dgn 'ajumma' Korea utk pilih coat. Hahahah.. Saya rasa saya yg paling muda time tu. Ahaha. xD



Yeay! Got 2 new coats! ;)
Seriously murah ok.. Sehelai dlm 10 ribu won je! 
Lebih kurang RM30 duit Malaysia.
Murah tak? Hihi.

Bersama penjual tempat saya beli boot pink! ;)
Boot saya pun murah! Around RM60 je!

1st time saya makan 'Hotteok' Korea. 
Belakang tu kedai Hotteok lah!

Jumpa auntie & uncle from Malaysia. 
Time ni mereka tanya kami dkt mana kami beli Hotteok tu.
I hope one day I can see them in Malaysia.


Siapa tgk Thai movie, Hello Stranger sure tahu building belakang saya ni.. ;)

This is Sungnyemun Market.
My dad call this market as 'Penyamun Market.' 
Maybe sbb 'Sungnyemun' tu dkt2 dgn penyamun tak? xoxo

Eh. Habis dah... Cukup ke cukup? Hihi. Kalau tak cukup, nanti saya share lg pengalaman dan perasaan saya utk hari yg seterusnya bersama suami tercinta di Korea..

Sekian dulu perkongsian saya di Korea utk hari yg pertama.. Jumpa lagi di next entry >>> KOREA... Kisah Berbulan - Madu Si Teruna dan Dara (PART 2) ;)

























Sunday 23 November 2014

"The Real of Happiness." :')

Bismillahhirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih~

Alhamdulillah, segala puji bg Allah S.W.T. di atas nikmat hidup dan peluang utk kita bernafas di atas dunia ini. :')

Assalammualaikum! 

"The Real of Happiness." 

Saya percaya definisi 'gembira' bg semua org adalah lebih kurang sama. Tp, saya jugak percaya yg setiap org ada definisi 'gembira' yg tersendiri. Apa yg buat anda 'gembira' dlm hidup ni? 'Gembira' saya adalah apabila saya dpt menggembirakan dan menghiburkan semua org yg saya sayang. Antaranya kedua ibu bapa saya (ibu bapa kandung + ibu bapa mertua), keluarga saya + keluarga suami, sahabat2 saya, and of course the only husband I have, abang! xD

Minggu ni (21 - 23 November 2014), saya dan suami balik ke Senawang, rumah family husband. Ptg semalam, saya tiba2 rasa mcm nak pergi IOI City Mall yg baru bukak berdekatan dgn Marriot Hotel, Putrajaya. Saya luahkan dkt adik ipar dan suami saya. Then, saya inform lah mertua saya yg saya  teringin nak pergi. Nasib baik ayah mertua saya 'rajin' layan kerenah menantu perempuan tunggal dia ni. Hihi. 

Kitaorg gerak dr rumah after kitaorg semua dah selesai solat Asar. Semua excited especially saya lah sbb saya yg ajak diaorg ke IOI City Mall! Hee.. Sebelum kitaorg masuk highway PLUS Senawang, ayah mertua saya isi minyak kereta dulu..

Anddd... guess what happen after that??? Jammed! Lepas je tol Senawang, jammed giler ok.. Lg2 sekarang tgh 'school break.' Nak u-turn balik mmg dah tak bolehlah. Last2 we decided utk ikut highway LEKAS.. Jauh! Maghrib baru kitaorg sampai IOI City Mall.. Semangat tak? Semangatlah sbb sampai tak terfikir nak on 'waze' tgk jalan jammed ke tak! Huhu..

Saya punya 'jakun' bila sampai, sambil2 cari surau utk solat Maghrib, saya ternampak 'ICE SCAPE.' Terus saya lari utk ambil gambar 'ice scape!' Mmg saya excited lah! Hahahah.. Saya tak pernah lg try 'ice scape' and saya dah lama sgt nak try since saya tak dpt pergi ski time honeymoon dkt Korea last year. Sob3. 


'Ice Scape' @ IOI City Mall

Beg terpaksa silang ke depan sbb risau org rentap.
Huhu..

With one of my 'dream car.'
♥ Toyota Camry ♥


Seriously I tell u guys.. Besarrr giler ok IOI City Mall ni.. Lebih besar and panjang dr AEON dkt Bandar Melaka. Tp, bestlah sbb mcm2 branded shops ada like H&M, ESPRIT, CARLO RINO, BRANDS OUTLET, PADINI, & etc. Just yg tak best nya bila few shops je yg ada sale. Itu pun below 30%. Supposed to be kenalah ada sale for all shops sbb opening kan? But, it's ok lah sbb mmg niat dtg situ mlm td just utk 'cuci mata' dulu supaya next time dtg dah tahu nak shopping apa! Yihuuu... ;)


"Cibiuk @ Bandar Baru Bangi"

Kaki pun dah penat and perut pun dah berjoget lambak, so we decided utk keluar dr IOI City Mall and cari tempat makan yg best2 sekitar Bangi.. Kitaorg tak mkn dkt IOI City Mall sbb ramai org. Boleh dikatakan setiap tempat mkn dlm tu full. Lastly, saya ajak semua utk mkn di 'Cibiuk.' Mmg saya dah lama niat nak 'belanja' family suami saya mkn dan akhirnya Allah S.W.T. makbulkan doa saya. Permudahkan 'niat' saya. :')

Ayah & Mama Mertua saya

Adik ipar yg setahun lebih tua drp saya. xD

Inilah suami saya yg sangat kelakar!
:p





Inilah 'THE REAL of HAPPINESS' utk saya bila saya dpt tunaikan 'niat' saya.. A big thanks to #Shaklee for the last month 'BONUS.' Dgn 'bonus' ni lah saya dpt 'makan besar' dgn family sumai. Hihi. Dgn 'bonus' ni lah 'hajat' dan 'niat' saya tercapai.. :')

Pesanan saya, selagi mana DIA pinjamkan nyawa insan2 yg kita sayang kpd kita, selagi itulah 'peluang' kita utk gembirakan dan bahagiakan mereka. 

"Money Is Not Everything. But, Everything Needs Money."

"For Things To Change, U Have To Change First." 
- Master Ainul Shahrazad (MAS) - 

Sekian~