Pages

Monday, 23 June 2014

PHYTOCOL-ST SHAKLEE DI SALAK TINGGI, SEPANG SELANGOR

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia blog saya... hihi. 

Maaf semua sebab lambat 'update' blog pasal si penghalang kolesterol yang cuba2 untuk masuk ke dalam salur darah kita tu. Hee.. :D Sebenarnya, saya baru je balik dari Pulau Langkawi pagi semalam. Saya ada percutian pendek (short vacation) dengan keluarga sebelah suami saya sejak Khamis (19 Jun 2014) lagi. Ok2, tak apa. Insyaallah, entry saya seterusnya saya akan kongsikan saat2 saya bercuti di Pulau Langkawi. ;) Ok, sekarang kita masuk pada "Mr. PHYTOCOL - ST" kita tu. ;)

Korang semua tahu tak 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung. Apa antara punca atau penyebab utama seseorang itu diserang atau menghidap sakit jantung? Antara puncanya adalah masalah TINGGI KOLESTEROL!!!

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang. Ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung serta fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana masih ramai rakyat Malaysia dan individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!





APA ITU KOLESTEROL???

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel2 badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan:
- sel membran
- hempedu
- tisu2 lain dalam tubuh

DUA SUMBER KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati korang, tetapi ia juga boleh diperoleh dari makanan harian korang tau. Kolesterol yang koramg makan akan meningkatkan paras kolesterol darah korang. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber: National Health and Morbidity Survey, 2011

Untuk pengetahuan korang semua, dalam darah kita ni ada 2 JENIS KOLESTEROL UTAMA tau. Satu kolesterol jahat dan satu lagi kolesterol baik.

1. Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) 
Ia dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah korang. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

2. Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL)
Ia pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata yang lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga korang kena pastikan paras kolesterol HDL korang tinggi manakala paras kolesterol LDL korang rendah ok. Sesekali tu pergilah buat pemeriksaan kolesterol di klinik2 atau hospital2 untuk tahu sama ada paras kolesterol korang macam mana.

Ini kalau korang nak tau sama ada kolesterol LDL atau HDL korang ok atau tak ok duduk dalam darah korang
Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Macam dekat Malaysia ni, korang tau tak apa penyebab utama kolesterol tinggi? Sebabnya adalah dari makanan2 yang tinggi lemak dan kalori. Cuba korang bayangkan, sehari berapa mg kolesterol yang korang ambil? Ada tak dalam sehari tu korang ambil makanan2 macam dekat bawah ni untuk sekali makan?


Untuk makluman, jumlah kolesterol yang disarankan ambil oleh Persatuan Jantung Amerika adalah tidak melebihi 300mg sehari! Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pula, mereka dihadkan untuk mengambil kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Sarapan pagi: Nasi Lemak 213mg
Makan tengahari: Mee Goreng 376mg
Makan malam: Tomyam Campur 353mg
JUMLAH = 942mg
3 kali ganda dari saranan pengambilan kolesterol sehari!!!

Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Setakat ni macam mana korang rasa bila dah baca apa yang saya tulis dan cuba kongsikan dekat korang semua pasal paras kolesterol jahat dan baik yang bertapa dalam salur darah kita? Risau? Takut? Tak senang duduk dan baring? huhu.. sudah2. Tak mu lerrrr risau2 takut2 bagai ok. Setiap masalah insyaallah pasti ada jalannya. Cuma ia semua bergantung pada diri kita sendiri sama ada nak terus fokus pada masalah ataupun nak fokus pada penyelesaian. :)

Apa kata korang cuba ambil "FITOSTEROL." FITOSTEROL ni dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan yang wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, legume, bijiran, dan minyak sayuran.  Kalau korang nak tahu, lebih 80 kajian klinikal membuktikan fitosterol ni membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah kita. Ia juga berkesan dan selamat tau. 


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, bila korang ambil lebih banyak fitosterol maka semakin berkuranglah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk korang turunkan paras kolesterol LDL korang! Mudah tak? ;)

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH), mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian kita untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, korang kena ambil makanan2 dekat bawah ni setiap hari tau. Mampu ke? Tak rasa jemu ke? Rasa macam dah tertelan je kalau kena makan semua ni hari2 semata-mata nak dapatkan 2000mg untuk tubuh kita. Betul tak?



Jadi, apa yang korang fikirkan dan tunggu lagi? Cara yang paling senang, ambil je lah PHYTOCOL-ST SHAKLEE~ kan ke itu lebih mudah? ;)


Fungsi lain PHYTOCOL-ST SHAKLEE:
- Untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi megurangkan jangkiran viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan, penyakit hati, dan tekanan darah tinggi.
- Membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi.

Apa yang korang tunggu lagi??? Baik korang cuba dulu PHYTOCOL-ST SHAKLEE ni. Meh sini meh saya tolong korang dapatkannya. Korang sms/whatsapp/PM FB/tinggalkan je komen korang dekat bawa sini. Insyaallah nanti saya tolong dapatkannya sekali dengan cara makan yang betul dan konsultasi percuma serta berterusan daripada saya sehingga korang berpuas hati! :)

Aisyah, 013-4765930
SID 1034673

***Jadi pengedar supplement mestilah belajar dan sentiasa belajar. Mestilah berilmu!***

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk membaca entry saya kali ni! ;)
Selamat malam semua~ zzz...












Monday, 16 June 2014

Bengkel Nutrisi SHAKLEE di Bayview International Hotels & Resorts Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Assalammualaikum untuk yang beragama Islam dan Hi untuk yang bukan beragama Islam. :)



Isnin 
16 Jun 2014

Pejam celik pejam celik sekejap je kan dah hari Isnin? Bagi mereka yang bekerja, mesti hari Isnin akan jadi "blues" seketika. haa..jangan fikir bukan - bukan ok. Maksud saya di sini "Monday Blues." hihi. Hari ni juga adalah hari di mana persekolahan disambung semula dan berjalan seperti biasa...

Ok2. Sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal ni semua... :D saya sebenarnya nak 'kongsikan' dengan korang semua pasal "Bengkel Nutrisi SHAKLEE" yang saya pergi hari Sabtu (14 Jun 2014) yang lepas.

Kenapa saya nak kongsikan??? Ya Allah... seriously bengkel tu sangat2 best ok!!! Tak tahu nak gambarkan macam mana. hahah. Sebab tu lah saya menulis di sini. Biar saya gambarkan betapa bestnya dan seronoknya pergi bengkel tersebut. Bak kata orang, tak rugilah spend RM40 kalau nak dibandingkan dengan ilmu - ilmu nutrisi yang kita dapat. ;) Makan pun sodap aihhhh..




Master Ainul Shahrazad pun ada sekali ><


Untuk pengetahuan korang semua yang comel belaka ni, Bengkel Nutrisi SHAKLEE telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka. Dengan hanya membayar RM40 sahaja, anda boleh menikmati Performance Drink dan ESP PERCUMA tau.. tapi, bukanlah setiap seorang tu dapat PD dan ESP 1 canister. Cuma anda boleh dapatkan kedua - dua tersebut untuk berapa gelas yang anda suka! Best tak? hihi.  



Gabungan mantop SPARKLE dan DREAMs. 
Yang belah kanan sekali tu, 'mummy' saya merangkap cousin saya. hihi.
Sebelah 'mummy' tu, Nadia Syakila adik - beradik SHAKLEE saya.
Yang kakak 2 orang tu daripada SPARKLE


1st time minum PD! Sodap! Rasa oren. 



Yang bestnya kan korang... siap boleh bawa masuk lagi PD dan ESP yang dah dibancuh. Memang sempoi habislah Bengkel Nutrisi SHAKLEE ni! Terbaikkkkkk!!! Anak - anak pun boleh dibawa masuk sekali. Itulah SHAKLEE! Memberi kebebasan kepada setiap orang sama ada ahli atau pun bukan ahli supaya mereka rasa bahawa berniaga SHAKLEE ni sangat enjoy dan tak ada masalah pun kalau mereka yang dah berkahwin, ada anak, tak ada orang nak jaga anaklah dll. Sepatutnya isu macam tu dah tak wujud kecuali mereka yang penuh dengan alasan! huhu..

Haa.. mesti korang tertanya - tanyakan dengan siapa kitaorang menuntut? hihi. Ok, ada 2 orang 'speaker' yang berkongsi berkenaan nutrisi SHAKLEE ni.


1. Puan Siti Sarah
Pakar Nutrisi SHAKLEE (HQ)



2.   Charlotte Lok 
B.sc (hons) Food SC & Nutrition (UMS) 
Pakar Nutrisi SHAKLEE (JB)



Antara produk - produk yang dikongsikan dan dibincangkan adalah seperti berikut:-

  1. PHYTOCOL-ST
  2. COQHEALTH
  3. VIVIX
  4. SHAKLEE COLLAGEN POWDER
  5. AJHT
  6. ESP 
  7. MEAL SHAKES
  8. PD
  9. NUTRIFERON
  10. CAROTOMAX
  11. SR VITA-C PLUS
  12. VITA-E COMPLEX
  13. VITA-LEA IRON FORMULA
  14. B-COMPLEX
  15. GLA COMPLEX
  16. OMEGA GUARD 
  17. LECITHIN 
  18. OSTEMATRIX
  19. DTX COMPLEX 
  20. ALFALFA COMPLEX
  21. HERB-LAX
  22. GARLIC COMPLEX
  23. PEPPERMINT-GINGER PLUS
  24. ZINC COMPLEX
  25. CINCH SHAKE & CINCH TEA
  26. GET CLEAN WATER




Dalam buku ni ada 26 suplemen/produk SHAKLEE. 
Dah macam buku budak sekolah dah bila kena isi - isi tempat kosong. 
hihi



Korang nak tahu tak, bukan setakat belajar secara 'formal' (duduk, lihat, dengar, tulis) semata, tapi diselang - selikan dengan macam - macam aktiviti! 



Eksperimen VITA-LEA IRON FORMULA dijalankan. 
Lebih kurang 1 minit VITA-LEA larut dalam air!


Cinch Tea PERCUMA~
(1st time juga baru nak cuba)


Mask dari SHAKLEE Collagen Powder

Antara permainan (games) yang dijalankan:-

  • Passing beg SHAKLEE sambil lagu dimainkan. Siapa yang last dapat 'beg' tu bila lagu diberhentikan, dia kena keluar ke depan dan perkenalkan diri serta bagi tahu produk SHAKLEE apa yang pertama dia makan. Beg yang disediakan masa tu ada 2 je. Masa ni seriously kelakar sebab semua orang takut bila lagu berhenti. Tapi, rupa - rupanya rugi sangat bila takut sebab 2 orang yang last dapat beg tu akhirnya dihadiahkan dengan beg tersebut. Rugiiiiii tetiba rasa! Baru menyesal masing2! haha..
  • 'Game' seterusnya pula, kitaorang kena buat cabutan yang mana cabutan tu terkandung info - info pasal produk SHAKLEE. Lepas tu, kitaorang diarahkan untuk pergi ke kumpulan produk tersebut. Macam saya, saya dapat No. 5 iaitu 'menyokong kesihatan jantung.' Suplemen untuk jantung apa korang dalam SHAKLEE? hihi. Semestinya lah OMEGA GUARD! Jadi, kumpulan suplemen saya adalah OMEGA GUARD. ;)







Dalam masa 10 minit setiap kumpulan kena siapkan 'poster' kumpulan masing - masing dengan produk masing - masing. Lepas tu setiap kumpulan kena bentangkan dekat atas pentas... huhu.. best2! Secara tak langsung boleh 'up' kan keyakinan diri! 



Inilah kumpulan OMEGA GUARD! ;)
Yang tepi sebelah kanan tu dari Sabah tau..



Ok lah korang, saya rasa setakat ni dulu yang saya dapat kongsikan dengan korang semua . . Entry ni bukan khas untuk SID sahaja tau, tapi terbuka kepada semua yang membaca... huhu.. 

Kalau berminat untuk menjadi "ahli keluarga" SHAKLEE atau perlukan produk - produk SHAKLEE atau penjelasan berkenaan SHAKLEE, senang cerita apa - apa sahaja berkenaan SHAKLEE bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. Kalau malu, bolehlah personal sms/whatsapp/email/PM FB saya ok. ;)

Aisyah
SHAKLEE ID: 1034673
sms/whatsapp: 013 - 4765930
Email: aisyahrazak90@gmail.com
FB: Sya Syasya

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca! 
Terima kasih SHAKLEE~
Love & Hugs

***Next entry >>> PHYTOCOL-ST SHAKLEE (Fitosterol yang membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah***





DREAMs & SPARKLE bersama Master Ainul Shahrazad! 




I am the next! 
Mohon doa kalian ye... ;)